Sebentar tadi Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq memuatnaik sebuah video diserang dan dimaki beberapa individu yang dakwa penyokong parti Barisan Nasional (BN) di Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Cempaka, Semenyih.
Menurut laporan Metro, Menteri Belia dan Sukan ini juga dicekek lehernya dan dimaki beberapa individu melarangnya untuk datang ke pusat penamaan calon. YB Syed Saddiq kongsi detik cemas itu berdepan keganasan penyokong BN.
Jerit mengeluarkan kata kesat
https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/2075873472491869/?__xts__[0]=68.ARBwHsK32MvhvOjv4_ev2NGV3bpqyhVVH0CQyBB3bHmTdcwbzfuGdsT0soVxjvVmO4BYN6cdPGdiLq-7lAW3NNK2kPiMiIKl_FUNq37kZxEKHNUeSwbulxTX3l_VX6U-a-uT-AhDJpVCuMvYitALQNJbrqO_bg0JZmxLnoJ8hIfM4E8Tt2SuoU4oijDaC_iDoc4aoBUwfD-YARNGjj7SPa9sBVKx9bYHSKncNTMo584POeDRWCsiviKdnIUMnt92PZKxGVpO2CAPoLVGDE6grP_jueWYNPPZAkx1cE6faOinLnPt9N8tJARCOJCwVWs0jpKlhu-gX3GgJxBbsaYmU6XJOlE6xFPBgi7G3VR5&__tn__=-R
Penyokong Barisan Nasional mengerumuni YB Syed Saddiq dan turut menjerit mengeluarkan kata kesat serta biadap terhadap dirinya.
Saya tidak tahu apa niat Papagomo mencekak leher saya menggunakan lengannya, tetapi beliau ada menyebut supaya saya tidak datang ke situ. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi tadi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Cempaka, Semenyih sebaik tamat proses penamaan calon.
Dipercayai Syed Saddiq diserbu dan diserang ketika perjalanan pulang ke kereta tanpa sebab muhasabah.
Ketika itu saya dalam perjalanan menuju ke kereta bersama tiga lagi rakan sebelum perasan beberapa individu dari parti pembangkang mengekori dari belakang termasuk Papagomo sambil menjerit perkataan kesat.
Saya ambil pendekatan tidak melayan provokasi mereka dan terus menuju ke kereta sebelum melihat Papagomo lari ke arah kami.
Dikerumuni penyokong BN
Tambah YB Syed Saddiq lagi, ketika kejadian tersebut kelihatan pengendali blog, Papagomo turut mengugutnya supaya dia tidak mencari pasal. Sebaik menoleh, dia mendapati individu yang mencekak lehernya adalah Papagomo.
Selepas itu kami tiba-tiba dikerumuni penyokong BN dan pada ketika itulah ada seseorang tiba-tiba mencekak leher saya dari bahagian belakang sebelah kanan dengan kuat.
Ketika itulah Papagomo yang juga Exco Pemuda UMNO itu meminta supaya saya tidak datang ke situ dan jangan cari pasal.
Ketika itu saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya berdiam diri sehinggalah beberapa anggota polis trafik serta sukarelawan Unit Amal PAS datang meleraikan kumpulan itu termasuk menjauhkan Papagomo dari saya.
Penyokong parti berkenaan turut mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘Bodoh’ , ‘Bangang’, ‘Anjing’ dan ‘Hancing’. Ada banyak pemerhati yang melihat kejadian itu termasuk pihak polis. Bagaimanapun, YB Syed Saddiq telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang pada jam 2 petang tadi.
Sumber: Metro