Seorang lelaki di Makasar, Indonesia ditahan semasa merompak empat hari menjelang hari bahagia. Beliau didapati bersalah dan terpaksa meneruskan perkahwinan beliau kerana tarikh perkahwinan beliau telah ditetapkan.
Artikel berkaitan: ‘Rancang 3 Tahun, Nikmati Hasil Hanya Sebulan’ – Ini Kisah Rompakan Terbesar Didalangi Warga Emas!
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sampainya Hati Rompak Kedai Kebajikan..
Kahwin dalam tahanan
Sekadar gambar hiasan
Tarikh perkahwinan lelaki tersebut telah ditetapkan pada 20 Januari 2021 dan kad jemputan juga telah diedarkan untuk meraikan kedua pengantin tersebut. Namun semuanya berubah apabila lelaki tersebut ditangkap kerana merompak. Empat hari sebelum tarikh perkahwinan mereka, lelaki itu ditahan dan dibawa ke sel tahanan di Panakkukang, Kota Makassar. Disebabkan hari perkahwinan mereka sudah ditetapkan, lelaki tersebut harus menikahi kekasihnya di Ibu Pejabat Polis Panakkukang. Perkara itu didedahkan oleh Ketua Awam Polis Panakkukang, Makassar, Bripka Ahmad Halim.
Menurut Bripka Ahmad Halim, proses pernikahan lelaki tersebut dan kekasihnya adalah di hadapan beberapa keluarga pengantin lelaki, termasuk anggota polis di Ibu Pejabat Polis Panakkukang.
Kami memakai pakaian tradisional Bugis-Makassar. Proses pernikahan juga berjalan lancar dan telah dipimpin oleh seorang imam tempatan.
Itulah ungkapan lelaki tersebut setelah selesai urusan perkahwinan beliau. Urusan pernikahan mereka dipimpin oleh seorang iman yang merupakan orang tempatan di Makassar.
Setelah selesai urusan pernikahan, lelaki tersebut dibawa pulang ke dalam penjara sementara isterinya dibawa pulang ke rumahnya. Berdasarkan artikel 356 mengenai pencurian ganas, hukuman berkaitan kes ini adalah sehingga 5 tahun penjara.
Sumber: Buka Mata News