Pelakon Aliff Aziz telah mengesahkan heroin yang ‘tersuka’ dengan dirinya adalah aktres Sophia Albarakbah yang merupakan pasangan gandingan bagi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Baik Label Sophia Pelacur, Fitnah Besar Itu’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedang Buat Satu Drama, Sophia AlBarakbah Sahaja Heroin’ – Aliff Aziz
Artikel Berkaitan: ‘Saya Menghormati & Akur Jika ..’ – Aliff Aziz Ikut Cakap Bella Astillah, Takkan Berlakon Lagi Dengan Sophia AlBarakbah
Sama-sama melayan kot
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang beranggapan kontroversi panas ini berlaku bukan berpunca dari pihak Sophia saja.
Menerusi komen di Instagram (IG), seorang wanita menyatakan bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Namun, individu tersebut menyifatkan ini adalah ujian kepada Aliff dan isteri, Bella Astillah sepanjang perjalanan berubah menjadi lebih baik.
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Aliff ini sama-sama melayan kot. Tu yang sampai tersuka. Takpe la. Ujian untuk Aliff dan Bella. Nak berubah jadi baik, memang Allah akan uji macam-macam. Sabar la.
Dalam pada itu, wanita terbabit juga sempat mengingatkan Bella untuk lebih berhati-hati kerana sekarang ini tengah musim menyondol suami orang.
Bukan malaikat
Tidak mendiamkan diri, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah menekankan yang Aliff bukan malaikat sebaliknya manusia biasa.
Katanya, pelantun lagu Sayang Sayang mempunyai perasaan risau justeru meminta aktres berumur 29 tahun ini untuk turun ke set penggambaran.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram (IG) Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.
Sumber: Instagram