berita

Doktor Nasihat Gugur Anak, Sharifah Sakinah Makan Nenas Untuk Keluarkannya

June 25th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru melahirkan anak pada Mei tahun lalu, Sharifah Sakinah menerusi laporan Harian Metro memberitahu terpaksa menggugurkan kandungan keduanya di atas nasihat doktor.

Meskipun sedih, Sakinah terpaksa akur dan diberi tempoh seminggu untuk mengeluarkannya.

‘Saya makan nenas untuk keluarkannya’

Sharifah Sakinah tidak menjangkakan hamil anak kedua selepas empat bulan bersalin secara pembedahan pada Mei tahun lalu. Atas faktor keselamatan dan kesihatan, doktor menasihatinya untuk menggugurkan kandungan.

Ketika itu, memang tidak menjangka hamil anak kedua. Saya sangat gembira. Namun, apabila dinasihati untuk buang, saya sedih. Saya diberi tempoh seminggu dan saya makan nenas untuk keluarkannya.

Sebenarnya, perkara itu sangat berisiko kerana membabitkan kesihatan dan keselamatan. Malah, doktor pun tidak mahu ambil risiko.

Kalau bersalin secara pembedahan, paling ‘gengster’ pun untuk hamil anak kedua adalah selepas enam bulan.

Tetapi ketika itu, anak pertama saya baru empat bulan selepas dilahirkan melalui pembedahan pada 24 Mei tahun lalu.

‘Pada masa itu, saya okay untuk anak kedua’

Sebelum ini, dia sudah bersedia untuk cahaya mata kedua malah aktiviti seni dan lakonan juga akan ditunda.

Pada masa itu, saya okey saja untuk anak kedua. Saya bersedia menjaga dan menguruskan anak meskipun jarak usia mereka dekat. Malah, semua aktiviti seni dan lakonan akan ditunda.

Namun, untuk sekarang belum bersedia sebab saya sangat sibuk. Malah, masa bersama anak pun terhad. Insya-Allah kalau tahun depan semuanya okey dan kerja pun tak banyak, baru boleh fokus tambah anak lagi.

Buat masa sekarang, Sakinah merancang untuk menambah anak tahun depan apabila semuanya okey dan tidak sibuk.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×