berita

‘Don’t Have To Post On Your Story Ma’ – Aleesya Bangga Reti Tanak Nasi, Sekali Lupa Letak Air! Ini Reaksi Erra Fazira

July 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira ada berkongsi di Instagram satu momen lucu yang berlaku apabila anak perempuannya iaitu Engku Aleesya dikatakan terlupa memasukkan air sewaktu ingin menanak nasi untuk hidangan makan malam.

Artikel Berkaitan: ‘You So Fake On Camera’ – Sahut Cabaran Punya Hal, Aleesya ‘Kantoikan’ Rutin Harian Erra Fazira

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Nampak Aleesya Gembira Dengan Mak Dia’ – Video TikTok Erra Fazira & Engku Aleesya Tarik Perhatian

Nasi jadi ‘beras kering’

Menurut Erra Fazira, pada awalnya anak perempuannya itu seakan berbangga kononnya dia tahu menanak nasi. Oleh itu, Erra memberi tugasan kepada Aleesya untuk menanak nasi manakala dia akan memasak untuk hidangan makan malam. Tetapi lain pula yang jadinya sewaktu dia membuka periuk nasi dan melihat di dalamnya hanyalah beras kering.

Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasi. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasi. Sekali bila time nak makan, buka-buka periuk. Dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak. Alahaiii anakkk, its ok sayang. Don’t give up!! Nanti cuba lagi k.

Menurut Erra lagi, mujurlah ketika itu mereka ada bekalan nasi lemak. Jadi, boleh lah dijadikan hidangan makan malam. Dalam satu video yang lain, Aleesya menjelaskan bahawa sebenarnya dia ingin menanak nasi tetapi ketika itu dia terlupa untuk memasukkan air.

You don’t have to post on your story ma. Saya nak masak nasi tapi terlupa letak air. Jadi, nasi tu jadi kering sekarang.

Terlupa masukkan air

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Sementara itu, Erra Fazira tetap memberikan kata-kata semangat buat Aleesya supaya anaknya itu tidak berputus asa untuk belajar dan tidak berhenti mencuba lagi. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat Aleesya dan mereka percaya bahawa Aleesya sebenarnya tahu menanak nasi cuma dia terlupa sahaja.

Sumber: Erra Fazira

SKIP THIS AD ×