Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang mengumumkan telah bernikah sekali lagi. Berikutan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan pendapat mereka tersendiri mengenai kisah tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Bankrap & Kena Serangan Jantung, Isteri Kedua Angkat Kaki’ – Michael Ang Kongsi Kisah Pak Cik Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’
Artikel Berkaitan: ‘Sering Tidur Di Rumah & Lebih Rapat Dengan Mak’ – Shila Amzah Nafi Siti Munirah Rakan Baik
Di Instagram, Dr Say Shazril berkongsi pandangannya berhubung kisah viral tersebut.
Poligami tak perlu hebahan
Saya mewakili persatuan wanita dan isteri tersakiti terpanggil dengan kisah abang Tesla. Bila dicontentkan dirinya selesai solat dan kahwin isteri kedua 3 jam selepas tu, apa yang bermain dalam pemikirannya eh? Kalau betul lah niatnya “aku nak tunjuk kat suami luar sana aku melakukan act yang betul yakni memberitahu isteri pertamaku yang aku nak kawin lain berbanding suami yang poligami belakang isteri pertama” well pikirannya sempit tersepit di situ.
Tambahan bila netizen korek video lamanya belanja isteri pertama kereta Mini, travel sana sini, dating acap kali kemudiannya berpoligami lagilah silap mencapap di situ.
Ujar Dr Say, dia tidak bersetuju ayat ‘isteri pertama untuk dihargai & isteri kedua untuk dicintai’.
Kalau dapat kat orang kampung nogori den direply mereka “apo pundeknya ayat ekau jang?”. Ibarat habis madu sepah dibuang isteri pertama tu eh? Tak pernah ke berfikir sejenak yang whatever you have now including Tesla tu berkat isteri pertama? Lepas tu mintak maaf dekat para suami sebab buat isteri triggered. Isteriku relax je, tapi daku yang triggered dengan ketidak bijaksanaanmu.
Tambah Dr Say, dia tidak menolak poligami sebab Islam tidak melarang mahupun mewajibkan poligami. Cuma, apabila poligami “dicontentkan” sebegitu rupa dengan harapan untuk menormalisasikan poligami, bagi Dr Say ianya salah.
Benda boleh buat diam-dia, kenapa nak kecoh? Cukuplah family members, kenalan rapat, neighbourhood tahu, kenapa nak kecoh satu Malaysia? Walaupun daku tidak mengenalimu tapi dari short pengenalanku terhadapmu, kamu tewas dengan “kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya”. Next time buat content otak letak kat kepala bukan kat Tesla. Sekian dari abang Jaguar.
Sumber: Dr Say