berita

[VIDEO] Dr Say Hadiahkan Kereta Mewah, Jaguar I-Pace Ketiga Di Malaysia Buat Isteri

April 8th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kesembilan dan hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta, doktor selebriti, Dr Say Shazril telah menghadiahkan sebuah kereta jenama mewah buat isterinya, Dr Azura. Wow!

Artikel berkaitan: ‘Tiada Niat Ganggu Rumah Tangga Kamu Berdua’ – Isteri Dr Say Terima Kad Daripada Wanita ‘Misteri’

Artikel berkaitan: Terima Bungkusan Istimewa Berserta Gambar, Dr Say Terkejut Wanita ‘Misteri’ Mengaku Sebagai Isteri

Artikel berkaitan: ‘2023 & I Am Broken’ – Dr Say

Artikel berkaitan: Mohon Kata-Kata Semangat, Isteri Dr Say Keguguran Kali Kedua – ‘Baby Girl Sorang Lepas Tu Tutup’

Artikel berkaitan: ‘Kalau Boleh Tangguh Dulu Hasrat Untuk Mengandung’ – Pakar Sakit Puan

Artikel berkaitan: ‘Bunyi Remeh Tapi Selagi Tak Buang Angin Tak Boleh Cabut Drip Line’ – Dr Say Syukur Isteri Dibenarkan Pulang

U go Azura Abas

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram, Dr Say memberitahu dia mahu melakukan kejutan buat Dr Azura. Oleh sebab itu, dia meminta isterinya untuk bersiap lawa-lawa dan keluar bersama.

Namun begitu, perancangan untuk membuat kejutan tersebut terbantut apabila Dr Azura sudah menyedarinya. Meskipun kantoi, reaksi gembira dan terharu Dr Azura jelas terpancar di raut wajahnya.

Bukan itu sahaja, Dr Azura turut terkejut apabila suaminya memilih nombor kenderaan yang sama untuk kereta Jaguar yang baru ini. Cuma bezanya, nombor 44 dan 55 sahaja. Ini kerana, nombor tersebut dipercayai mewakili nama mereka iaitu Say Shazril dan Azura Abas.

Anniversary kami yang ke-9 was 30 Mac baru-baru ni dan birthday bini this coming 30 April. Saya ingat nak surprise kan dia masa anniversary tapi loan lambat approve maka saya surprise kan dia hari ni. Her reaction was priceless, hampir terduduk dibuatnya (ada kat reels). Alhamdulillah bini adalah pemilik Jaguar I-Pace ketiga di Malaysia.

Dalam kesempatan ni i wanna thank you @azuraabas for being my advisor, photographer, videographer, content creator, mother to two little monsters, sentiasa berfikiran wiser & bermulut laser sebab tanpa u, i wouldnt have achieved what i have achieved today.

Maka this is for u unny and i hope u love it sebab i love gila kereta ni. Kenapa UG44? Baru lah “U Go Azura Abas” sebelah2 dengan UG55 “U Go Say Shazril”. Love u so much hun. Last last, moga sayang kereta ni lebih baaanyak daripada Jazz k? Pishang nak ketuk & cat Jaguar ni.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Sumber: Dr Say Shazril

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×