berita

Ebit Lew ‘Angkut’ Periuk Bazar Ramadan, Jamu Gelandangan Makan Nasi Briyani Untuk Berbuka

April 15th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Selepas pulang dari menyertai misi kemanusiaan di Afrika Selatan, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew kini turun padang untuk membantu gelandangan dan mereka yang kurang bernasib baik di bandar Kuala Lumpur. Pendakwah bebas itu turut meluahkan rasa sebak berdepan dengan gelandangan yang kurang berkemampuan membeli juadah makanan untuk berbuka puasa.

Artikel berkaitan: ‘Semua Orang Terkejut Dia Nak Ikut Saya’ – Ebit Lew

Artikel berkaitan: Hampir Genap 2 Minggu Sertai Misi Kemanusiaan Di Afrika, Ebit Lew Pulang Ke Malaysia

Saya jamu semua tanpa mengira bangsa

Perkongsian tersebut dimuat naik melalui akaun Instagram rasmi Ebit Lew menyaksikan dia memberi makanan berbuka puasa kepada mereka yang tinggal di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur. Pengedaran makanan tersebut juga diberikan kepada semua orang tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Belum hilang rasa sebak sayu di Pasar Ramadhan. Berdoa untuk mereka. Saya borong di beberapa gerai. Nasi beriyani dan tomato untuk 300 orang. Periuk panas-panas terus saya bawa ke kawasan gelandangan atau jalanan bagi buka puasa. Saya beri di kawasan bilik sewa mereka. Sesetengah mereka menyewa bilik di kawasan ini. Bilik kecil dengan keluarga ramai tandas di luar. Saya jamu semua tanpa mengira bangsa atau agama.

Paling terharu bila mula buka belakang Hilux dan senduk buat mereka. Semua beratur. Barisan makin ramai. Doa makanan cukup sebab barisan panjang. Lama saya tak ke sini. Bila tengok anak-anak kecil ceria lagi buat hati sayu. Nasib berbeza bagi setiap orang. Tapi rasa syukur buat rasa tenang bahagia.

Semua kenal saya. Panggil ustaz apa khabar dan ucap terima kasih. Dengar terima kasih sebahagiannya buat hati saya rasa kecil je sebab cara mereka hargai makanan. Tapi bersungguh cakap terima kasih.

Tak sampai 40 minit habis…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ebit Lew turut berkongsi pengalaman sepanjang misi bantuan tersebut dijalankan. Rata-rata mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza kisah kehidupan. Ada yang sakit, mempunyai anak yang ramai dan sebagainya

Ada yang minta dua. Tunjuk isterinya berkerusi roda sakit. Boleh ke ustaz. Boleh abang. Ada yang bawa 5 anak kecil. Untuk semua anak boleh ke ustaz. Boleh kakak. Cukup untuk semua. Allah bagi cukup. Gembira sebab ayam-ayam semua ketul besar. Puas rasa makan panas-panas semuanya. Biasa saya beri dalam bekas tak sama dari periuk begini.

Tak sampai 40 minit habis 300 nasi dan lauk saya senduk dan masuk Maghrib. Sekejap je. Terasa puas makanan habis dan ngam je.

Dulu saya tidur masjid. Kadang tumpang makan jika ada jamuan begini. Selalu lapar masa duduk KL cari kerja. Duit semua hantar dekat kampung. Ujian kan…

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×