Pelakon dan pengacara, Eleena Sui yang telah pun berhijab sejak tahun lalu mengakui masih belum bersikap terbuka untuk berkongsi kisah penghijarahannya.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Baju Eleena Sui, Netizen Dapat Bukti Hannah Delisha Sebenarnya Nikah Tahun Lepas?
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belajar Secara Berperingkat’ – Jasmine Suraya Gembira Hadir Majlis Agama & Kelas Tahfiz
Mahu istiqamah
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Eleena telah memuat naik sebuah video yang memperlihatkan momen bahagia dalam hidupnya termasuk detik penghijrahannya mengenakan hijab.
Bukan itu sahaja, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini menjelaskan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya di samping memohon orang ramai untuk mendoakan agar dia terus kekal istiqamah dalam menuruti perintah agama.
Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.
Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya.
Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, dia kini sedang dalam fasa memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik meskipun agak sukar.
Mungkin agak sukar pada mulanya, tapi saya sedang belajar perlahan-lahan.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Eleena Sui