berita

Elizabeth Tan Diserang Peminat Super Junior Gara-Gara Nama Fan Club

June 4th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulanelizabeth

Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa Malaysia antara negara yang mempunyai bilangan peminat K-Pop yang cukup ramai. Setiap kali mana-mana kumpulan K-Pop datang ke Malaysia, pasti akan ada yang ‘histeria’ dibuatnya.

Terbaru penyanyi jelita Elizabeth Tan diserang peminat fanatik Super Junior gara-gara menggunakan nama fan club yang menyerupai kumpulan terbabit. Wah sampai macam itu sekali ye? 

ELF Untuk Super Junior

super

Dah menjadi satu trend setiap artis pasti mempunyai fan club yang tersendiri dan tidak terkecuali Elizabeth Tan. Jadi Elizabeth Tan menggunakan ELF sebagai nama fan club nya.

Mungkin dek kerana pengetahuan yang kurang tentang semua ini, Instagram Elizabeth Tan menjadi sasaran peminat kumpulan Super Junior yang mendakwa ELF (Everlasting Friends) merupakan fandom bagi Super Junior sejak 2006.

Faham-faham jela macam mana peminat K-Pop ini kan, mereka punya fanatik itu lain macam sikit.

Elizabeth Tan Bakal Disaman?

Screen Shot 2015-06-04 at 11.10.57 AM

Tambah beberapa peminat Super Junior terbabit, Elizabeth Tan bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya hal ini mendapat perhatian S.M. Entertainment yang merupakan syarikat naungan Super Junior.

Screen Shot 2015-06-04 at 11.03.11 AM

Iyalah nama ELF tersebut didaftarkan jadi hanya mereka yang boleh menggunakan gelaran tersebut. Tambah peminat Super Junior lagi, hali ini pasti bertambah panas sekiranya ELF dari negera lain tahu. Boleh bawa gaduh.

Banyak lagi komen-komen tidak puas hati peminat Super Junior sampai kami pun tak larat nak baca.

Tukar Nama Fan Club

Tidak mahu isu ini terus dipanjangkan, Elizabeth Tan bagaimanapun tampil memberikan penjelasan. Menurut Elizabeth Tan, dirinya tidak mengetahui tentang ELF Super Junior ini.

Buat peminat Suer Junior jangan risau sebab Elizabeth Tan akan menukar nama fan club miliknya.

SKIP THIS AD ×