Korang ada masalah mata yang sembap? Pakai makeup pun tak boleh nak cover mata sembap korang tu? Nak keluar rumah pun malu tau sebab dari jauh orang dah nampak mata sembap kita! Fuh, parah ni!
Tapi, jangan risau! Min akan share dengan korang jalan penyelesaian untuk masalah dunia ni!
1. Lindungi kulit daripada matahari
Tips yang pertama adalah korang perlu lindungi kulit korang daripada cahaya matahari!
Untuk elak daripada benda ni berlaku, korang boleh juga pakai cermin mata hitam atau gunakan sunscreen supaya kulit korang terlindung daripada cahaya matahari yang boleh menyebabkan penuaan pramatang dan kemunculan mata yang sembab.
2. Gunakan produk serum mata yang mengandungi hyaluronic acid dan kafein
Tips yang kedua ni korang boleh cuba untuk guna krim mata yang mengandungi bahan seperti kafein dan hyaluronic acid bagi membantu mengurangkan garis-garis halus di sekeliling mata yang menyebabkan mata korang sembap.
Tapi, kalau krim mata korang tak berkesan, korang boleh upgrade krim mata korang yang basic tu kepada serum mata daripada L’Oreal Paris Revitalift 2.5% Hyaluronic Acid eye serum ni dalam rutin skincare korang pasti kesan dia lebih advanced!
Dengan 2.5% kepekatan hyaluronic acid dan kafein ia akan memberi rangsangan kepada kulit untuk bantu mengurangkan kesan sembab dan garis-garis halus di kawasan bawah mata korang tu!
Kenapa korang perlu upgrade krim mata ‘basic’ korang tu ke serum mata?
Antara manfaat lain kalau korang guna L’Oreal Paris Revitalift 2.5% Hyaluronic Acid Eye Serum ni:-
- Mampu mengatasi kantung mata sembap dengan serta merta
- Mengurangkan garis halus dan kedutan di sekitar mata
- Memperbaiki mata yang sembap dalam masa 2 minggu
Hadir dengan aplikator yang mudah untuk digunakan!
Serum ni juga hadir dengan aplikator bola penggelek berpaten tiga tau! Jadi, sambil korang apply tu boleh buat urutan 360° bagi melancarkan pengaliran darah di kawasan mata korang.
Ha..lagi cepat lah korang boleh kurangkan puffy eyes tu! Senang je kan nak pakai?
Buat korang yang rasa krim mata korang tu tak nampak sangat hasilnya korang boleh say bye-bye dah dekat krim mata korang yang ‘basic’ tu dan upgrade kepada L’Oreal Paris Revitalift 2.5% Hyaluronic Acid Eye Serum pasti kesan dia memuaskan!
Untuk membuat pembelian, korang boleh pergi ke farmasi yang terdekat atau boleh order secara online di sini.
3. Dapatkan tidur yang mencukupi
Tips yang ketiga ni sangat penting tau! Korang kena target kan untuk tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam untuk bantu kurangkan bengkak di bawah mata.
Bukan tu je, kalau korang dapatkan tidur yang mencukupi ni, mesti korang bangun je pagi nanti akan rasa lebih segar!
4. Tinggikan kepala semasa tidur
Tips yang keempat adalah gunakan bantal tambahan bagi mengangkat sedikit kepala korang semasa tidur.
Posisi tidur dengan bantal yang tinggi ni akan membantu untuk mengelakkan cecair berkumpul di kawasan bawah mata korang.
5. Minum air secukupnya
Tips yang kelima adalah korang perlu minum air kosong yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari sebab ia boleh membantu mencegah terjadinya kulit kering dan berkedut yang menyumbang kepada mata sembap.
6. Kurangkan pengambilan garam
Bagi tips yang keenam ni, korang boleh cuba untuk kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian korang sebab makanan yang diet tinggi garam ni sememangnya boleh menghasilkan kandungan air yang berlebihan dalam badan dan boleh menyebabkan bengkak di sekeliling mata.
Jadi, untuk hasil yang lebih maksimal bukan setakat tips yang min share tu je korang kena ikut, korang kena try juga produk daripada L’Oreal Malaysia ni baru lah boleh dapatkan hasil yang terbaik!