berita

Kempen Victoria’s Secret Cipta Sejarah, Ketengah Hasil Keringat Produksi Wanita Pertama Di Dunia!

July 13th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Baru-baru ini, jenama pakaian dalam wanita antarabangsa yang terkenal, Victoria’s Secret telah mengumumkan kempen baharu yang menampilkan koleksi ikonik mereka, iaitu t-shirt bra, hasil kolaborasi mereka bersama produksi tempatan, Women Photographers Malaysia.

Kempen ini turut disokong oleh Valiram, jenama peruncitan fabrik terkemuka di Asia Pasifik dalam usaha sama untuk menyokong misi utama kempen ini, iaitu memartabatkan golongan wanita dalam bidang fotografi.

Wah, min yakin pasti meletop giler kempen ni!

Angkat nama krew produksi semua wanita, Women Photographers Malaysia!

Uniknya kempen mereka kali ini merupakan kempen pertama di dunia yang mengetengahkan hasil kreativiti dan tenaga kerja krew produksi yang semuanya terdiri daripada wanita.

Pelaksanaan kempen ini juga bertujuan untuk menunjukkan komitmen Victoria’s Secret dalam usaha mempromosikan keterangkuman dan kepelbagaian pada seluruh jenamanya.

Selaras dengan slogan ‘Be Authentic, Be You’, mereka akan berkongsi kisah tentang cabaran dan kejayaan hidup untuk memberi inspirasi kepada setiap wanita supaya sentiasa yakin dan menerima keunikan keperibadian mereka sendiri.

Ukur saiz bra dan tebus hadiah eksklusif!

Selain itu, buat korang yang hadapi masalah tak tahu saiz bra yang tepat, boleh juga singgah ke Victoria’s Secret store yang terdekat untuk tahu ukuran yang sesuai buat korang. Baru lah selesa lepas ni!

Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk tebus hadiah eksklusif apabila korang datang untuk rasai sendiri pengalaman bra-fit yang akan dibantu oleh pakar yang berpengalaman.

Jom klik di sini untuk book appointment bra-fit korang dan rebut peluang untuk dapatkan Victoria’s Secret travel perfume 75 ml secara percuma

Stock adalah terhad, jadi siapa datang cepat dia dapat dulu. Wah, rugi kalau tak pergi ni!

Tunggu apa lagi guys? Jom dapatkan koleksi t-shirt bra Victoria’s Secret yang terbaharu di outlet utama seperti Mid Valley, Suria KLCC, Pavilion KL, dan Sunway Pyramid.

Bagi yang ingin membuat pembelian secara dalam talian, korang boleh layari laman web rasmi Victoria Secret Malaysia.

Untuk perkembangan terkini, jangan lupa follow sosial media mereka:

Instagram: @VictoriaSecretMY

Facebook: @VictoriaSecretMalaysia

SKIP THIS AD ×