Pelakon Fatin Afeefa tampil bersuara tentang isu golongan ibu bapa yang membawa anak kecil menggunakan ‘stroller’ ke bazar Ramadan.
Artikel berkaitan: ‘Iman Orang Turun Naik, Nak Istiqamah Bukan Senang’ – Fatin Afeefa
Artikel berkaitan: ‘Ivy Sentiasa Dalam Penjagaan Saya Sehingga Kes Induk Selesai’ – Fatin Afeefa
Datang bazar Ramadan waktu sesak
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pelakon filem Tentang Bulan ini berkongsi semula pautan berita portal hiburan yang menegur geng tolak ‘stroller’.
Korang belum ada anak lagi boleh la cakap macam tu.
Sindir geng tolak ‘stroller’
Katanya dalam hantaran lain, ibu bapa mempunyai hak untuk membawa anak mereka ke mana sahaja.
Pada masa sama, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin seakan menyindir ibu bapa yang tergamak membiarkan anak-anak kecil ke tempat sesak dengan persekitaran udara yang tidak sihat.
Ibu bapa ada hak nak bawa anak kecil pergi mana-mana sekali pun.
Biarlah anak kecil tu bersesak-sesak, kepanasan bahang, berpeluh, terdedah dengan virus, sesak nafas bau asap-asap dekat bazaar tu.
Kita dah tua bangka ni pun sesak nafas kadang-kadang berhimpit dekat bazaar tu.
Tapi korang tak ada anak korang takkan faham.
Sumber: Fatin Afeefa