Meskipun sudah bercerai pada 2 Ogos lalu, namun konflik antara penyanyi terkenal 80-an, Datuk ND Lala dan bekas isteri, Fauziah Sarman masih berlarutan hingga ke hari ini.
Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Nafi Dakwaan ND Lala, Setuju Untuk Bermadu Dengan Syarat – ‘Tak Nak Ambil Tahu Mengenai Siti Munirah’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Gelar Siti Munirah Penyondol, Dia Tak Pernah Sondol Saya’ – ND Lala
Seakan berlaku perang di media sosial apabila ND Lala dan Fauziah dilihat saling berbalas hantaran di Instagram masing-masing bagi membuktikan siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah.
Bersyukur diceraikan
Terbaharu, Fauziah dalam satu coretan panjang lebar yang dimuat naik di Instagram miliknya berkata, masih ada beberapa hal yang perlu dia jelaskan berhubung konflik yang berlaku.
Kata Fauziah, dia bersyukur apabila akhirnya diceraikan selepas beberapa tahun hidup dalam penipuan yang dilakonkan oleh bekas suaminya.
Soalnya, adakah seseorang itu masih mampu tersenyum apabila rumah tangga yang dibina selama 34 tahun telah ‘diusik’ oleh seorang wanita yang sudah dianggap sebagai anak.
Menurut Fauziah, dia pernah menafikan dakwaan yang mengatakan bekas suaminya berlaku curang. Namun satu persatu petanda dan jawapan diperlolehinya sehingga perbuatan penyanyi itu mula terbongkar.
Tangguh cerai demi Shila
Sementara itu, Fauziah turut mendedahkan dia nekad untuk bercerai dengan bekas suaminya pada Jun lalu. Namun demi permintaan anak sulungnya, Shila Amzah, dia terpaksa menangguhkan niatnya sehingga hari pernikahan penyanyi tersebut pada 5 Ogos lalu.
Selain itu, Fauziah turut mencabar bekas suaminya untuk mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya bersama isteri baharu.
Dalam coretan tersebut juga, ibu kepada empat cahaya itu turut menjelaskan salah faham mengenai kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini yang mengatakan dirinya reda sekiranya dimadukan.
Kata Fauziah lagi, mustahil dia tidak berasa sedih di atas ujian yang menimpa rumah tangganya, namun perasaan itu lama-kelamaan sembuh dengan sendiri.
Sumber: Instagram