berita

‘Diam Bukan Tak Tahu, Menunggu Waktu Tepat’ – Fauziah Sarman

September 12th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

fauziah sarman

Minggu lalu, nama penyanyi terkenal era 80-an, Datuk ND Lala kembali menjadi bualan warganet selepas tampil bersuara mengenai konflik rumah tangga melibatkan bekas isteri, Fauziah Sarman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berhenti Buat Cerita Palsu, Bekas Isteri Saya Banyak Kali Mendesak & Ugut Minta Diceraikan’ – ND Lala

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Akhirnya ‘Spill The Tea’! Jumpa Baju Penyondol Dalam Bagasi ND Lala, Anak Dituduh Curi Kereta

Luahan hati?

Ibu Shila

Terbaru, Fauziah dilihat memuat naik hantaran di Instagram Story, baru-baru ini. Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, Fauziah seakan menggambarkan situasi dirinya.

Menerusi entri itu, ibu kepada empat cahaya mata ini menyatakan dia akan bersuara apabila tiba waktu yang tepat.

Diamku bukan tak tahu, hanya menunggu waktu yang tepat saja.

Terdahulu, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala.

Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.

Untuk rekod, ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada 1989 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Kemudian, ND Lala mengaku sudah berkahwin Siti Munirah dan memohon agar tidak menggelarkan isterinya itu sebagai penyondol.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×