berita

MLM2014 : Fazura Anggap Tindakan Zizan Mencelah Tak Wajar

January 28th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

fazz

Isnin lalu kecoh mengenai status Twitter Fazura yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Zizan pada Maharaja Lawak Mega 2014 minggu lalu.

Artikel Berkaitan : MLM2014 : Fazura Meluat Dengan Perangai Zizan Yang Berlagak?

Peminat yang sememangnya mengikuti pertandingan itu bersetuju dengan pendapat Fazura malah mendesak Zizan memohon maaf secara terbuka kepada Fazura. Terbaru, Fazura tampil menjawab isu status Twitter tersebut.

Status Tersebut Turut Ditujukan Untuk Virus

RRRR

Memetik laporan Mangga Online, Fazura menganggap tindakan Zizan mencelah semasa dirinya memberikan komen sebagai tidak wajar dan tidak serius. Malah status itu turut ditujukan buat kumpulan Virus itu sendiri.

Saya tak tujukan kepada Zizan sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen.

Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukanlah mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri.

Saya dan Zizan adalah kawan tetapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak.

Tugas Juri MLM Mencabar

fazzz

Pada masa sama Fazura merasakan tugas sebagai seorang juri amat mencabar. Menurut Fazura, cabaran paling besah adalah untuk tidak memberi dua bintang kepada sesuatu persembahan.

Kalau orang ramai meletakkan ‘dua bintang’ itu ke atas bahu saya seorang sahaja, itu tidak wajar. Kerana itu adalah pendapat saya sebagai juri. Jangan menyalahkan penjurian itu kepada seorang juri sahaja. Tidak sememstinya pendapat saya itu sama seperti orang lain.

Pemakaian kostum, kesungguhan dan props semuanya diambil kira. Ini kerana hadiah wang tunai RM500 ribu itu satu jumlah yang besar.

Terdahulu Zizan telah momohon maaf di laman Instagram mengenai sikapnya di MLM minggu lalu. Harap Zizan boleh kembali fokus di separuh akhir MLM minggu ini.

zangg

SKIP THIS AD ×