berita

Firdaus Wong Tampil Buat Laporan Polis, Dituduh Jadi Pemilik ‘Channel ‘ Telegram & Sebar Video Serta Gambar Lucah

October 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Facebook tampil menceritakan beliau sudah membuat laporan polis berikutan didakwa menyebarkan video serta gambar lucah.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Berdosa Sekiranya Tak Bantu Mangsa Kezaliman Ini’ – Firdaus Wong

Artikel Berkaitan: Nafi ‘Sibuk’ Buat Kerja Polis, Firdaus Wong Bersumpah Tiada Masalah Peribadi Dengan Pendakwah Terkenal

Artikel Berkaitan: Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Dipercayai Abang Mangsa Serangan Seksual Pendakwah Terkenal

Selesai buat laporan polis

Firdaus juga turut menafikan tuduhan yang menyatakan beliau merupakan pemilik channel Telegram yang bertindak menyebarkan video serta gambar lucah. Mengulas lebih lanjut, pendakwah bebas ini menceritakan beliau hanya mempunyai satu akaun rasmi Telegram sahaja.

Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut.

Ujarnya lagi, beliau sama sekali tidak akan mendiamkan diri jika difitnah dengan tuduhan-tuduhan tersebut.

Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut.

Terdahulu, Firdaus bersumpah atas nama Allah yang beliau tidak mempunyai masalah peribadi atau menyimpan hasad dengki dengan pendakwah yang kini sedang disiasat berhubung kes video dan mesej lucah.

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung

SKIP THIS AD ×