berita

‘First Time Tak Enjoy Buat Video Sebab..’ – Khairul Aming Takut ‘Termakan’ Pujian

May 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Rata-rata antara kita sudah mengenali selebriti sosial media iaitu Khairul Aming yang sentiasa menyediakan resipi masakan mudah di media sosial. Terbaru, di Twitter, Khairul Aming telah meluahkan rasa takut mengecewakan peminatnya yang setia memuji dan menanti hasil kerja darinya.

Artikel berkaitan: Nak Dengar ‘Feedback’ Penonton, Ini Sebab Khairul Aming Shooting Resipi Setiap Hari Sepanjang Ramadan

Artikel berkaitan: Jualan Sambal RM1 Juta Selepas 3 Bulan, Khairul Aming Belum Puas Hati

Malah, dia turut mendedahkan pernah terima beberapa pesanan mesej sebelum ini melalui DM di Instagram dan menasihatinya supaya berhati-hati khuatir ada yang berniat ‘menjatuhkannya’.

Terima DM nasihat untuk lebih berhati-hati

Status berkenaan telah mendapat lebih 5.8 ribu tanda Retweet dan Khairul Aming bersetuju dan berterima kasih kepada pengguna Twitter iaitu Naufal Antezem yang meluahkan pandangannya mengenai budaya ‘cancelled’ masyarakat Malaysia. Tambahan, dia turut berasa cemas hampir setiap hari disebabkan beberapa ‘persoalan’ yang menghimpit dirinya sehingga khuatir mengecewakan peminat.

Saya sering buat salah, cuma orang tak tahu

Katanya, selama empat tahun berkecimpung dalam dunia masakan dan tahun ini merupakan tahun pertama dia berasa tidak seronok dalam pembikinan video. Ini kerana dia terbaca banyak penerimaan masyarakat dan memuji kredibiliti sehingga membuatkan dia berasa segan. Malah, dia juga takut ‘termakan’ dengan kata-kata pujian kerana takut mengecewakan penonton.

Akuinya, hampir setiap hari dia melakukan kesalahan sepanjang proses pembikinan video cuma perkara tersebut sahaja tidak diketahui umum.

Tak ada team besar

Dedah Khairul Aming lagi, dia tidak mempunyai krew dalam kuantiti yang besar. Tulang belakang dalam menjayakan video-videonya hanya rakan serumah. Segala proses memasak, penggambaran, sunting, rakaman suara, olahan idea dan interaksi bersama penonton dilakukannya sendiri.

Khairul Aming turut mengucapkan terima kasih buat semua penonton yang telah memberi sokong kepadanya selama empat tahun terlibat dalam dunia masakan dan sosial media ini.

Sumber: Khairul Aming

SKIP THIS AD ×