berita

Jualan Sambal RM1 Juta Selepas 3 Bulan, Khairul Aming Belum Puas Hati

April 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Khairul Aming

Nama selebriti media sosial Khairul Aming, bukan satu nama yang asing dan semakin diminati rakyat Malaysia. Perkongsian resipinya sering menjadi ikutan berikutan teknik mudah yang digunakan olehnya. Selain bergiat aktif berkongsi resipi dia juga terlibat secara langsung dalam menjual Sambal Nyet yang menjadi kegemaran ramai dan sering kali kehabisan stok.

Artikel Berkaitan: Gadis Ambil Kesempatan Mengaku ‘Agen’ Sambal Nyet Khairulaming, Kaut Untung Ribuan Ringgit

Artikel Berkaitan: ‘Isteri Saya Teringin Sangat Masakan Abang’ – Khairul Aming Tunai Hasrat Wanita Hamil Mengidam

Artikel Berkaitan:Berkat Kongsi Ilmu Selama 4 Tahun, 10K Botol Sambal Nyet Khairulaming Habis Dijual Dalam Masa Sejam!

Setelah memasuki tiga bulan menjalankan bisnes tersebut, Khairul Aming menceritakan jumlah pendapatannya menerusi satu thread di laman Twitter. Memang power!

Jualan selepas tiga bulan

Jelasnya, jumlah yang berjaya diperoleh sepanjang menjual sambal tersebut adalah sebanyak RM1 juta setelah tiga bulan beroperasi. Jika dilihat menerusi angka yang dikongsi ia merupakan satu angka yang besar dan mengikut kiraan kasar pada setiap bulan dia berjaya memperoleh sebanyak RM333k++.

Apa yang lebih mengagumkan, apabila dia sempat juga berkongsi post mortem di sebalik kejayaan Sambal Nyet ini.

Solusi diimplimentasikan

Jelas Khairul Aming lagi, sebanyak 80% daripada hasil jualan tersebut diguna pakai semula sebagai modal bagi meningkatkan lagi skala pengeluaran sambal tersebut. Namun, di sebalik kejayaan sambal tersebut dia juga menceritakan pernah membuang tiga ribu botol sambal berikutan keadaannya yang sudah mula rosak dan basi.

Bagi memastikan kepuasan pelanggan di tahap maksima, dia juga cuba menaik taraf rasa sambal itu sendiri dan akan menggunakan beberapa mekanisma bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Banyak improvement perlu dibuat

Ujar pemilik suara Hey Whats Up Guys! pihaknya masih akan membuat penambahbaikan merangkumi pelbagai aspek yang secara tidak langsung akan membantu lagi dalam urusan penjualannya. Bukan itu sahaja, menerusi laporan aplikasi Shopee, dia juga telah berjaya menjual hampir 73 ribu botol sambal dan mendapat komen yang positif daripada para pembeli.

Berbicara pelan masa depan, dia menjelaskan mahu mencapai jumlah jualan sebanyak RM5-7 juta bagi tahun ini dan merancang bagi sistem penjualan yang akan mula dijual di kedai-kedai biasa.

Sumber: Khairul Aming

SKIP THIS AD ×