Tindakan penyampai radio, Suria FM iaitu Suraya Borhan menjadikan kisah rumah tangga sebagai topik bualan telah membuatkan pelakon Shakilla Khoriri tersinggung perasaan.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’
Artikel Berkaitan: ‘Lets Move On, Allah Ada Jaga Mimi & Ameena’ – Shakilla Khoriri
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Bertiga Kat Atas Batu Tu’ – Kongsi Foto Seorang Diri Di Tempat Kenangan, Netizen Perasan Fizi Ali Makin Kurus
Selama ini buat pekak telinga
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Shakilla, 32, kesal apabila isu penceraiannya dengan penyampai radio Fizi Ali dijadikan bahan.
Katanya, selama ini dia membiarkan orang sekeliling meletakkan kesalahan atas dirinya namun itu tidak bermaksud akan selamanya tutup mulut.
Sebenarnya bukan satu, dua orang yang beritahu macam-macam dekat saya, tapi sebelum ini saya diam. Biarkan saja orang mempersenda dan campur tangan urusan peribadi saya.
Saya biarkan bukan berhari-hari, malah berbulan-bulan orang menuding jari sana sini. Saya buat pekak telinga dan butakan mata kerana tak nak besarkan isu.
Semakin saya cuba perbetulkan diri untuk jadi lebih baik, semakin orang galak pijak kepala. Saya bukanlah jenis yang mencari apatah lagi, nak siasat sampai ke lubang cacing pasal sesuatu kerana yakin Allah akan tunjuk pada saya apa sepatutnya saya tahu.
Kisah saya dah berakhir
Pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri juga menyerahkan kepada pihak stesen radio tersebut untuk berbincang dan menyelesaikan isu yang telah timbul.
Mungkin dari penyampaian tuan badan atau dari gerak rasa sendiri. Kisah saya dah berakhir. Dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya. Tapi jangan cuba buat saya untuk sentuh apa yang tak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukup.
Saya tak boleh nak komen panjang pasal isu ini. Mungkin Suria Malaysia boleh buat perbincangan kecil dengan penyampai berkenaan. Atau mungkin boleh terangkan maksud penyampai terbabit.
Harap tak jadi lagi
Dalam pada itu, pelakon drama Adam dan Hawa menegaskan dia tidak akan teragak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara sama berulang lagi.
Saya sedang cuba perbaiki diri dan saya tak perlu tahu atau dengar perkara-perkara negatif macam ni.
Saya harap ini yang terakhir sebab saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan dari percakapan yang tiada tapisan dan berunsur fitnah atau memalukan.
Terdahulu, Shakilla berkahwin dengan Fizi pada 18 Februari 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @shakillakhoriri