berita

Fizo Omar Kongsi Foto Isteri Berhijab, Netizen Doa Terus Istiqamah

March 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perkongsian foto isteri kepada usahawan serta pelakon terkenal, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri yang cantik berhijab di laman Facebook mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Maryam, Netizen Suruh Fizo Omar Hati-Hati – ‘Maryam Jangan Berseorangan, Ada Yang Memerhati Tu’

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Anak ‘Keseorangan’ Ketika Bercuti, Hashtag #IndahKhabarDariRupa Mawar Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Mawar Karim Terkejut Maryam Cakap ‘Sad’ Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi Sengaja Cari Pasal

Tampil berhijab?

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Fizo di laman media sosialnya, memaparkan isteri tersayang cantik memakai hijab ketika menghadiri kursus selama empat hari.

Foto yang dikongsi meraih pujian daripada netizen dan mereka pada masa yang sama turut mendoakan supaya Fazeera istiqamah dalam menutup aurat.

Difahamkan foto tersebut telah dimuat naik dua hari yang lalu dan kursus tersebut turut dihadiri oleh adiknya dan seorang rakan yang lain.

Sekadar info, selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Fizo Omar

SKIP THIS AD ×