berita

Kongsi Foto Maryam, Netizen Suruh Fizo Omar Hati-Hati – ‘Maryam Jangan Berseorangan, Ada Yang Memerhati Tu’

February 3rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini percutian Fizo Omar bersama isteri dan anaknya ke Johor Bahru mendapat perhatian netizen selepas foto Maryam yang dilihat berseorangan tular. Timbul dakwaan kanak-kanak itu diabaikan namun Fizo Omar menafikannya.

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Anak ‘Keseorangan’ Ketika Bercuti, Hashtag #IndahKhabarDariRupa Mawar Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: Mawar Karim Terkejut Maryam Cakap ‘Sad’ Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi Sengaja Cari Pasal

Artikel Berkaitan: ‘Dia Seorang Sahaja Anak Saya, Bercuti Pun Di Taman Tema Kanak-Kanak’ – Fizo Omar Enggan Keruhkan Situasi, Anggap Tuduhan Tak Logik!

Netizen bagi nasihat?

Terbaru, foto yang dikongsi pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar di laman Facebook bersama ibu, isteri dan anak tersayang mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi foto yang dikongsi Fizo hanya menggunakan kapsyen ringkas emoji love berserta tarikh 2.2.22 dan dilihat sedang berada di sebuah restoran di Bentong, Pahang. Bagaimanapun, menerusi pemerhatian pihak OHBULAN! wargamaya dilihat aktif memberikan komen dan meminta supaya pelakon Pengantin Satu Malam supaya lebih berhati-hati.

Dakwa mereka, Fizo perlu lebih berhati-hati memandangkan ada ramai pihak yang sedang memerhati dan bimbang peristiwa sebelum ini kembali berulang.

Walaupun menerima komen sedemikian rupa, wargamaya turut memuji cara Fizo melayan ibunya, isteri serta anak tersayang. Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Fizo Omar

SKIP THIS AD ×