berita

Fizz Fairuz Terima Baik Majlis Graduasi Pelajar Di Hotel – ‘Beli Beg & Kasut Mahal Boleh, Takkan Untuk Anak Nak Berkira’

February 3rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

fizz fairuz graduasi

Foto: Harian Metro

Trend pihak sekolah mengadakan majlis graduasi di hotel mewah telah mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada selebriti tempatan.

Artikel Berkaitan: Adrea Abdullah Pertikai Pihak Sekolah Adakan Majlis Graduasi Di Hotel Lima Bintang – ‘Tak Semua Ibu Bapa Mampu’

Artikel Berkaitan: ‘Selamat Bergraduasi, Mommy Bangga Dengan Setiap Pencapaian Abang’ – Ibu Zayn Rayyan

Setahun sekali

fizz fairuz graduasi

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), pelakon dan penyampai radio Datuk Fizz Fairuz tidak bersetuju jika ibu bapa menganggap majlis graduasi anak adalah satu komitmen yang besar.

Sekolah buat dekat tempat selesa dikatakan tak sesuai, bila buat dekat sekolah je dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya. Adui, semua benda tak betullah zaman sekarang ni.

Dalam pada itu, pelakon filem Mat Tudung ini berkata isu tersebut tidak seharusnya timbul berikutan perbincangan telah pun diadakan sebelum majlis dan kata sepakat sudah diperolehi daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG).

Untuk anak-anak bagi je la. Dia orang buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa dah setuju. Kalau tak setuju dia orang tak buat. Setahun sekali buat, bukan hari-hari kena keluar RM150-RM250 tu.

Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh, takkan untuk anak nak berkira? Pendapat sayalah.

Terdahulu, pelakon Adrea Abdullah tampil mempertikai trend tersebut berikutan tidak semua ibu bapa mampu untuk membayar yuran graduasi anak mereka.

Aktres itu juga mendakwa tindakan guru besar yang memilih untuk mengadakan majlis tersebut di hotel bertaraf lima bintang dilihat seakan-akan mahu bermegah di media sosial.

Sumber: IG Datuk Fizz Fairuz

SKIP THIS AD ×