berita

‘Flying Kick’ Peragut, Netizen Bantu Promosi Bisnes Burger Abang MBJB

September 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Aksi flying kick pegawai Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyelamatkan seorang wanita yang hampir jadi mangsa ragut dipuji netizen. Tanpa berfikir panjang, dia terus bergegas ke arah kejadian setelah terdengar jeritan dari seorang wanita.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Hero Of The Day’, Flying Kick Pegawai MBJB Selamatkan Mangsa Ragut

Lebih menjadi perhatian lagi apabila tersebar foto pegawai MBJB tersebut kelihatan berniaga burger di sebelah waktu malam. Memang terbaiklah!

Malam flying kick burger

Perkongsian foto melalui Facebook Firdaus Hazim menyaksikan pegawai MBJB itu menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu berniaga burger pada waktu malam. Posting tersebut juga mendapat perkongsian ramai sebagai tanda sokongan perniagaan tersebut dan mereka berterima kasih kepadanya kerana telah menyelamatkan seorang wanita dari menjadi mangsa ragut.

Menurut perkongsian tersebut lagi, pegawai MBJB yang bernama Shazrin Hafeez itu mempunyai ilmu mempertahankan diri dalam seni taekwondo.Pada waktu pagi dia berkhidmat di MBJB manakala di sebelah malam pula berniaga burger di Jalan Anggerik 39 di Johor Jaya, Johor.

Mangsa jerit dan minta bantuan

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) iaitu Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain melaporkan suspek yang menaiki motosikal itu diserahkan sendiri oleh orang awam. Pihak polis juga mengucapkan terima kasih atas tindakan berani dna pantas dari pegawai MBJB berkenaan.

Mangsa menjerit meminta bantuan dan seorang anggota penguat kuasa MBJB yang sedang bertugas serta orang awam berjaya menahan suspek.

Dalam kejadian itu, mangsa calar di lengan kiri manakala suspek diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian sejurus menerima maklumat.

Sumber: Harian Metro, Firdaus Hazim

SKIP THIS AD ×