berita

Foto : Apa Projek Rahsia Fazura & Randy Seidman Di Bali?

October 13th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2014-10-13 at 12.46.37 PM

Seronoknya jadi selebriti. Ada je destinasi luar negara yang dikunjungi untuk menghabiskan waktu-waktu terluang. Lagi syok bila tengok mereka bercuti bersama teman-teman.

Iyalah, siapa yang tak suka ke luar negara kan? Orang kata jauh perjalanan luas permandangan gitew! Hehe. Baru-baru ini, di laman Instagram, kami lihat bukan main seronok lagi Fazura ke Bali, Indonesia.

Bikin apa tu Fazura? Kalau tak silap kami awal tahun ini pun Fazura ada melancong ke Bali. Korang ingat lagi tak? Kalau tak, tengok sini.

Artikel Berkaitan : Fazura Dan ‘Teman Baik’ Bercuti Lagi, Selepas Bali, Kali Ini Ke Bangkok Pula

Screen Shot 2014-10-13 at 12.46.52 PM

Menerusi beberapa foto tersebut, Faz ada meletakkan #FazSecretProject tau! Amboiii, apa yang rahsia nau nau tu Fazura? Kami tengok ada juga rakan wartawan yang mengikuti si cantik ini ke Bali.

Tapi, apabila kami intai Instagram Randy Seidman, teman baik Fazura ini juga turut berada di Bali tau. Kalau tak silap kami, Randy ke Bali untuk sebuah showcase. Haipp! Korang jangan fikir bukan-bukanlah! Mana tau pemergian Fazura dan Randy ke sana untuk tujuan kerja.

Screen Shot 2014-10-13 at 12.48.15 PM

Iyalah, baru-baru ini kan Randy ada mencipta lagu berinspirasikan Fazura. Siapa tahu mereka nak buat shooting music video ke kan!

Artikel Berkaitan : Fazura Jadi Sumber Inspirasi Randy Seidman Buat Lagu. Untunglah!

 

Loading

Home for 5 days (starring my manager @faridramlee & bestie @khemeross sleeping near the pool) ???????? ???????? #Bali #FazSecretProject #WorkHardPlayHarder

View on Instagram

Kredit Foto : Instagram Fazura

SKIP THIS AD ×