Sabtu lepas, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Penghibur Jalanan dan Tanpamu, Amir Jahari atau nama sebenarnya Amirullah bin Jahari, 21 baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Kartini binti Sulaiman, 27 di di Penview Hotel Kuching, Sarawak.
Artikel Berkaitan :
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak serta teman rapat pasangan mempelai tersebut telah mendapat tajaan solekan dan dandanan daripada Famee Abdullah Radzi. Manakala busana pengantin pula ditaja sepenuhnya oleh Jakel.
Pasangan mempelai kelihatan kacak & anggun gayakan busana rona hijau
Untuk makluman, sebelum ini Amir pernah memaklumkan kepada media mengenai hasratnya untuk mengakhiri zaman bujang dan menurut penyanyi tersebut, perkenalannya dengan isteri tercinta telah terjalin sejak lima tahun lalu.
Pada waktu itu kedua-duanya masih lagi di bangku sekolah dan mereka menjadi bertambah rapat apabila Kartini sering membantu Amir dalam soal pembelajaran.
Apa pun, diharapkan agar rumah tangga Amir dan Kartini akan bahagia selama-lamanya dan di sini OHBULAN! kongsikan juga beberapa foto menarik sekitar majlis persandingan mereka yang berlangsung hujung minggu lepas.