Isteri kepada angkawasan negara iaitu Datin Dr Halina selamat melahirkan sekali lagi anak pasangan kembar lain jantina pada 20 November 2020 lalu. Pasangan bayi kembar itu telah dilahirkan di Pusat Perubatan Sunway secara pembedahan.
Artikel berkaitan: Kongsi Imbasan 3D, Dr Sheikh Muszaphar Bakal Timang Anak Kembar Lain Jantina Pula
Artikel berkaitan: Isteri Sedang Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Umum Bakal Timang Anak Kembar Lagi
Dr Sheikh Muszaphar Shukor turut berkongsi foto dan video anak kembar berlainan jantinanya itu melalui laman Instagram. Memang comel betul…
Comelnya…
View this post on Instagram
Anak kembar Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina kali ini diberi nama Eusoff dan Emelia. Comel betul tengok Dr Sheikh Muszaphar mendukung kedua anaknya ketika menunggu di hospital untuk dapatkan suntikan vaksin bayi.
‘Someone pu pu’
View this post on Instagram
Menurut perkongsian dari Instagram angkasawan negara ini, di setiap pagi dia akan membawa bayi tersebut bersama untuk disusukan dan ditidurkan bersama jika perlu sebagai rutin harian. Dia turut memaklumkan berat bayinya kini sudah cecah 12 kilogram.
Foto Eusoff dan Emelia
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar Shukor