berita

Gadis Terlelap Dalam Tren Terkejut Seluar Ada Kesan Air Mani, Bila Tengok CCTV Pelaku Siap ‘Selfie’ Lagi

August 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gadis Terlelap Dalam Kereta Api

Gambar sekadar hiasan

Seorang gadis menjadi trauma untuk menaiki kereta api selepas berdepan dengan detik hitam dalam hidupnya ketika menggunakan perkhidmatan awam tersebut.

Artikel Berkaitan: Didakwa Cabul Penumpang Kereta Api, Lelaki Ditampar Selama 3 Minit Tanpa Henti – ‘Dia Sentuh Punggung Saya’

Terima gangguan seksual

Gadis Terlelap Dalam Kereta Api

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribune News, seorang gadis yang dikenali sebagai Zhang Truong menaiki kereta api pada waktu malam untuk bertemu dengan saudara maranya.

Disebabkan terlalu penat dan mengantuk, Zhang terus tertidur selepas mendapat tempat duduk. Namun begitu, gadis tersebut berasa sangat terkejut apabila mendapati ada kesan cecair putih berupa air mani pada seluar yang dipakainya.

Panik dengan kejadian tersebut, Zhang terus melaporkan perkara tersebut kepada petugas kereta api berkenaan dan meminta untuk memeriksa kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman CCTV yang dilihat, kelihatan seorang lelaki datang dan duduk di sebelahnya bertindak mengangkat selimut yang digunakan sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu terhadapnya.

Lebih menggeramkan, lelaki tersebut juga dilihat sempat mengambil swafoto bersama Zhang yang sedang tidur selepas selesai melepaskan ‘hajat’nya.

Namun begitu, usaha untuk menangkap lelaki tersebut tidak berjaya selepas dia dilihat turun daripada kereta api tersebut di pertengahan perjalanan.

Sumber: Tribune News

SKIP THIS AD ×