berita

Guna Lagu K-Pop Dalam Video, Kisah Ustaz Ebit Lew Dapat Perhatian Portal Korea. Daebak!

January 25th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Nama ustaz Ebit Lew bukanlah satu nama yang asing lagi dalam Malaysia hari ini. Malah, saban hari ustaz Ebit sering menjadi ikutan buat ramai yang turut semangat ingin membuat kebajikan seperti beliau.

Artikel Berkaitan : Mak Baru Meninggal Dunia, Motosikal Pula Kena Curi, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu 2 Beradik Ini

Artikel Berkaitan : Ebit Lew Hadiahkan 100 Tablet Kepada Pelajar Yang Memerlukan

Artikel Berkaitan :Dah 2 Hari ‘Turun Padang’, Ebit Lew Sumbang 1000 Baju & Telekung Kepada Mangsa Banjir

Sehingga ke hari ini, ustaz Ebit masih tidak berhenti memberi sumbangan dan turun ke padang untuk membantu masyarakat. Terbaru, kebaikan beliau turut mendapat perhatian sebuah portal popular di Korea. Fuh sampai ke sana kisah ustaz Ebit Lew!

Gara-gara lagu EXO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Empat hari lalu, Ustaz Ebit Lew kongsi video mengagihkan makanan kepada barisan hadapan kita, ahli anggota polis yang bertugas di lokasi. Video tersebut menggunakan lagu dari kumpulan K-pop yang popular iaitu  EXO dalam album terbarunya ‘Kai’s’ sebagai lagu latar.

Video tersebut bukan sahaja menarik perhatian peminat-peminat K-pop, malah video tersebut turut mendapat perhatian portal popular di Korea iaiti AllKpop. Portal ini merupakan portal yang sering berkongsi kisah selebriti di Korea dan menjadi rujukan buat peminat K-pop seluruh dunia.

Masuk portal korea

Usahawan Malaysia, Ustaz Ebit Lew, juga dilihat menggunakan Kai’s Mmmh sebagai lagu latar semasa mengedarkan pek makanan dan topeng untuk barisan depan mereka dan mendoakan keselamatan semua orang.

Dalam artikel tersebut, mereka menyenaraikan 7 laman Instagram yang menggunakan lagu dalam album ‘K’ sebagai latar mereka, dan ustaz Ebit Lew antara yang dipilih. Hebat kan? Walaupun nampak biasa, namun bayangkan dari seluruh laman Instagram yang menggunakan lagu tersebut, Ustaz Ebit juga yang dipilih.

Sumber :

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×