Foto: AFP
Gara-gara tidak memakai tudung dengan betul, seorang guru menghukum sekumpulan pelajar perempuan dengan mencukur sebahagian rambut mereka.
Artikel Berkaitan: Pelajar Pukul Cikgu Disiplin Dengan Batang Penyapu Sebab Marah Rambut Digunting
Artikel Berkaitan: Tak Siap ‘Homework’ Antara Punca Guru Besar Didakwa Rotan Murid Sampai Cedera
Guru digantung tugas
Foto: AFP
Kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Pertama Negeri (SMPN) 1 di bandar Lamongan, Jawa Timur, Indonesia itu menyaksikan guru tersebut bertindak mencukur rambut 14 orang pelajar perempuan pada Rabu lalu.
Ekoran kejadian itu, pengetua sekolah, Harto telah membuat permohonan maaf terhadap ibu bapa pelajar-pelajar berkenaan malah turut menggantung tugas guru tersebut.
Tiada kewajipan bagi pelajar perempuan untuk memakai tudung, tetapi mereka dinasihatkan untuk memakai anak tudung untuk penampilan yang kemas.
Kami memohon maaf kepada ibu bapa dan selepas sesi permohonan maaf, kami mencapai persefahaman bersama.
Dalam pada itu, Harto berkata pihaknya akan menyediakan bantuan psikologi kepada para pelajar terbabit.
Sementara itu, insiden tersebut telah mendapat perhatian kumpulan hak asasi manusia yang menggesa agar pihak bertanggungjawab memecat guru berkenaan.
Untuk info, pemakaian hijab di Indonesia menjadi antara topik hangat pada tahun 2021 selepas seorang pelajar beragama Kristian di Sumatera Barat dipaksa untuk memakai tudung.
Sumber: FMT