berita

Guru Geleng Kepala, Murid Nakal Sengaja ‘Tayang’ Video Lucah Semasa Sesi PdPR

February 3rd, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Disebakan pandemik covid-19, semua pembelajaran dan pengajaran harus diteruskan tetapi semuanya melalui atas talian. Berbanding dengan masalah yang dihadapi orang lain berkaitan pembelajaran online, lain pula yang jadinya kepada guru ini apabila dia mendakwa berdepan dengan gangguan video lucah oleh pelajar ketika melaksanakan sesi pengajaran secara talian.

Artikel berkaitan: Adun Jeram ‘Sediakan’ Restoran Mamak Sebagai Tempat Untuk Kelas Online

Artikel berkaitan: KPM Tambah Slot Program TV Pendidikan Di DidikTV@NTV7

Gangguan video lucah semasa mengajar

Gambar sekadar hiasan

Seorang guru di Kepong yang ingin dikenali sebagai Cikgu N meluahkan rasa tidak puas hati kerana diganggu dengan pelajar nakal yang menyiarkan video lucah semasa sesi PdPR. Menurut beliau, pelajar nakal tersebut menayiarkan video lucah itu semasa beliau sedang mengajar di platform Google Meet.

Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru

Itulah yang dikatakan oleh Cikgu N berkaitan dengan kes ini. Beliau juga berkata bahawa beliau terpaksa menghentikan sesi PdPR tersebut serta merta! Tindakan itu bukan sahaja mengganggu sesi pembelajaran, malah amat memalukan kerana ianya turut disaksikan pelajar lain.

Rupanya ada guru lain yang turut mengalami benda yang sama

Sekadar gambar hiasan

MalaysiaaKini juga melaporkan seorang lagi guru yang turut menghadapi nasib yang sama. Beliau mendakwa  diganggu dengan pelajar yang menayangkan gambar dan video lucah semasa sesi PdPR sedang berjalan. Apa yang lagi menyedihkan apabila beliau terpaksa menghentikan sesi pembelajaran mereka. Beliau juga menyatakan yang beliau sangat terkejut dengan kejadian tersebut tambahan lagi apabila pembelajaran tersebut melibatkan hampir 100 orang pelajar dan terpaksa diberhentikan kerana seorang pelajar nakal.

Sumber: Malaysia Kini

SKIP THIS AD ×