Seorang guru di sekolah Wat Dan Samrong, Thailand telah menghukum 36 pelajar berusia 7 hingga 8 tahun dengan mencucuk bibir mereka menggunakan pin keselamatan yang sama.
Artikel Berkaitan:Remaja Hampir Hilang Zakar Selepas Dipaksa Untuk Mendapatkan Suntikan ‘Beeswax’
Artikel Berkaitan: Guru Besar Suruh Tiga Murid Sekolah Rendah Jilat Dinding & Makan Kertas
Terpijak gula-gula getah
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Bangkok Post, guru yang berusia 27 tahun itu terpijak gula-gula getah, namun tiada seorang pun daripada mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut.
Disebabkan berang dengan tindakan murid-muridnya, suspek meminta bantuan daripada rakan sekerjanya yang berusia 50 tahun.
Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajar sekolah tersebut tidak berpuas hati setelah mengetahui tentang kejadian tersebut, malah mereka bimbang kemungkinan berlaku jangkitan akibat perbuatan tidak bersih itu.
Salah seorang ibu bapa pelajar tersebut telah memfailkan aduan kepada polis tempatan terhadap dua guru itu manakala, ibu bapa lain juga menuntut pihak sekolah bertanggungjawab.
Disebabkan itu, pengarah sekolah segera menggantung tugas kedua-dua guru selepas mereka mengaku bersalah.
Guru yang berusia 50 tahun itu telah membuat permohonan maaf dan mendakwa bahawa niatnya adalah untuk menanam tanggungjawab dalam diri pelajar.
Semasa siasatan dijalankan, polis akan mendakwa kedua-dua guru itu berikutan soal siasat menyeluruh terhadap semua pelajar yang terlibat.
Sumber: Thaiger News, Bangkok Post