Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menerima pujian daripada warganet yang kagum dengan cara mereka mendidik anak-anak.
Sekali lagi, pasangan itu meraih perhatian netizen apabila Hairul memuat naik video anak perempuanya, Alisa yang ditahan di wad akibat demam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PRU15: Hairul Azreen & Hanis Zalikha Keluar Mengundi, Tunjuk Bukti Jari Dicelup Dakwat
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Bawa Keluarga Naik Helikopter Main Sajli, Ramai ‘Volunteer’ Jadi Anak Angkat
Artikel Berkaitan: Teruja Yusuf & Alisa Dah Ada Kawan Sekolah, Hanis Zalikha Syukur Dapat Adik Beradik Ringan Tulang
Alisa masuk hospital
Menerusi video yang dimuat naik Hairul, dia menyatakan isterinya itu menjaga dan menguruskan Alisa yang tidak sihat di hospital.
Alisa demam, Mommy dia jaga dengan penuh kasih sayang.
@hairul_azreen88 Alisa demam Mommy dia jaga @Hanis Zalikha Dgn penuh kasih sayang, ?
‘Cita-cita nak jadi ibu macam Hanis’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut menjadikan Hanis sebagai contoh ibu terbaik.
Selain itu, mereka juga tidak lupa mendoakan agar anak kecil itu kembali sihat dan aktif seperti biasa.
Sumber: Tiktok @hairulazreen