berita

Hanya ‘Menumpang’ Di Roda Pesawat, Lelaki Terbang Percuma Dari UK Ke Belanda

February 8th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Foto: Evening Standard

Seorang remaja terselamat dari penerbangan dari London ke Belanda setelah berpaut pada gear pendaratan dan mampu bertahan dalam keadaan sejuk melampau pada ketinggian 19,000 kaki.

Artikel berkaitan: Tak Naik Pesawat Sriwijaya Air Tapi Nama Ada Dalam Senarai Nahas, Rupanya Kawan Guna….

Artikel berkaitan: ‘Tak Boleh Di Darat, Udara Pula Dia Cabut Lari’ – Pilot & Penumpang Kena Kompaun Rentas Negeri

Menumpang di gear pendaratan pesawat

Foto: The Points Guy

Remaja berumur 16 tahun itu ditemui bersembunyi pada roda bahagian gear pendaratan. Lebih mengejutkan apabila remaja tersebut dianggap berpaut pada bahagian gear pendaratan pesawat tersebut ketika pesawat tersebut mencecah ketinggian sebanyak 19,000 kaki. Dalam tweet mengenai kejadian itu, jurucakap Royal Marechaussee Belanda menyatakan bahawa remaja tersebut bertuah kerana terselamat dan masih hidup.

Pesawat tersebut merupakan pesawat Airbus A330 milik Turkish Airlines. Manakala, sehari sebelum kejadian, pesawat tersebut berlepas dari Nairobi, Kenya menerusi Istanbul untuk ke Lapangan Terbang Stansted di London.

Menurut LADbible, pihak mereka telah menghubungi Lapangan Terbang Stansted untuk mendapatkan komen. LADbible memberitahu bahawa Jurucakap dari Lapangan Terbang Stansted menyatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan remaja itu memasuki penerbangan ketika pesawat mendarat di London.

Menurut laporan, budak lelaki itu dipercayai menaiki penerbangan di Nairobi, Kenya, sebelum menuju ke Turki dan kemudian ke UK. Difahamkan, remaja tersebut dikejarkan dan dirawat di hospital kerana mengalami hipotermia. Remaja tersebut bertuah kerana dengan penerbangan mencapai ketinggian sehingga beribu-ribu kaki, peluang untuk remaja tersebut selamat adalah sangat tipis dan selalunya penumpang haram yang menggunakan cara yang sama akan ditemui mati beku ataupun mati kerana kekurangan oksigen.

Pihak berkuasa juga akan menyiasat sama ada kes ini melibatkan pemerdagangan manusia kerana ianya berpotensi tinggi disebabkan penemuan penumpang haram di ruang bersebelahan gear pendaratan pesawat.

Sumber: Evening Standard

SKIP THIS AD ×