Perkahwinan yang diimpikan seorang lelaki musnah apabila dia mengetahui bakal pengantin perempuan sebenarnya masih berstatus isteri orang dan memiliki anak.
Artikel Berkaitan: Shah Radhi Mahu Lupakan Kontroversi Pikat Isteri Orang Untuk Tujuan Seks – ‘Saya Nak Rebrand Diri, Kisah Lama Tinggalkan’
Artikel Berkaitan: ‘Mengorat’ Isteri Orang Untuk Lakukan Hubungan Seks, Bekas Pegawai Tentera Didenda
Tunang tak dapat dihubungi
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook (FB), lelaki berkenaan mendedahkan bahawa bakal pengantin perempuan tidak berjaya dihubungi setelah dia dan keluarga tiba di sebuah inap desa.
Rombongan kami dari Kuching berangkat pada jam 6 pagi dan tiba di Daro kira-kira jam 5 petang. Sampai di Daro, kami terus pergi ke homestay yang sudah ditempah oleh si pengantin perempuan untuk rombongan kami yang berjumlah 22 org (sebuah van 3 buah kereta).
Terkejut kami bila pemilik homestay cakap tak ada apa-apa pesanan bilik yang diterima untuk tarikh tu. Aku pun telefon berkali-kali bakal pengantin perempuan tapi tak ada respon.
Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa juga bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya diuruskan pengantin perempuan.
Bagaimanapun, dia tidak mahu berburuk sangka terhadap tunangnya malah tetap melakukan persiapan akhir sebelum majlis.
Identiti terbongkar
Keesokan harinya, lelaki tersebut dan rombongan bertolak ke rumah bakal pengantin perempuan namun alangkah terkejutnya apabila mereka melihat rumah itu sepi tanpa sebarang persiapan.
Pagi ini kami bergerak ke alamat yang diberi dengan rombongan berserta barang hantaran. Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam tak ada apa-apa sambutan, kosong! Persiapan majlis langsung tak ada.
Aku cuba la telefon bakal pengantin perempuan dengan bapa dia, dua-dua tak boleh dihubungi. Alamat betul, tapi rumah tak ada orang. Memang dah agak dah ada sesuatu yang tak kena.
Identiti wanita itu terbongkar apabila perkara sebenar diceritakan sendiri oleh ibu saudaranya kepada rombongan pengantin lelaki.
Wanita tersebut didakwa masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua orang anak, manakala bapanya juga sanggup bersubahat.
Kami ambil keputusan nak pegi rumah jiran sebelah tu. Rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kami beritahu la tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan. Bertambah geram dan terkejut bila mereka beritahu nama sebenar dia.
Yang lagi parah perempuan tu sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ini, sebab tak jujur dari awal. Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku, sedangkan dia sendiri tahu anak dia tu bini orang.
Memang speechless kecewa, marah, sedih semua ada, tak mmpu dah aku nak cakap apa masa tu. Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi.. duit hantaran dah dibagi juga.. maruah keluarga aku lagi, mana nak letak?
Tidak berdiam diri, lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis dan memohon agar tindakan tegas diambil terhadap wanita berkenaan berikutan dia adalah seorang anggota beruniform selain tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
Kau dah memalukan aku dgn keluarga aku. Kau tu kerja badan beruniform tapi kenapa perangai kau tak mcm baju yang kau pakai tu ? Kau dah mencemar dan merosakkan imej jabatan. Mohon jabatan ambil tindakan tegas terhadap anggota ni. Takkan nak simpan anggota yang bermasalah macam ni. Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. See you in court (Jumpa kamu di mahkamah).
Sumber: Facebook