berita

Hasrat Neelofa Berpantang Cara Tradisional Tertunai, Import ‘Kak Dib’ Dari Terengganu -‘Road To 55kg’

July 19th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Hasrat selebriti popular, Noor Neelofa, 34, untuk berpantang secara tradisional atau kampung selepas melahirkan bayi kedua tertunai.

Artikel Berkaitan: Neelofa Gementar Menghitung Hari Bersalin Anak Kedua – ‘Kali Ini Saya Berpantang Secara Tradisional’

Artikel Berkaitan: Abdullah Abbas Nama Putera Kedua Neelofa & Haris

Import ‘Kak Dib’

Menerusi kemas kini di Instagram Stories, Neelofa berkata dia telah menggunakan khidmat seorang bidan yang dibawakan jauh dari Besut, Terengganu untuk menjalani tempoh berpantang.

Menurut Neelofa, berpantang secara tradisional adalah lebih dekat dengan dirinya kerana dia juga berasal dari kampung.

Alhamdulillah, ada rezeki saya untuk bawa Kak Dib (nama Bidan) all the way dari Besut, Terengganu untuk saya duduk di Kuala Lumpur selama 40 hari bantu saya pantang secara tradisional.

Lebih rileks dan dekat di hati saya yang asalnya pun seorang budak kampung #kampunggirl.

Menerusi perkongsian tersebut, isteri kepada pendakwah terkenal Haris Ismail itu turut memuat naik gambar beberapa peralatan untuk berpantang.

Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTop turut menulis sasaran berat badan yang diimpikan selepas habis tempoh berpantang iaitu ‘road to 55kg’.

Terdahulu, Neelofa meluahkan hasrat untuk berpantang secara tradisional untuk anak keduanya apabila sebelum ini dia telah menggunakan khidmat moden untuk anak pertamanya, Muhammad Bilal.

Pada 11 Julai lalu, Neelofa selamat melahirkan bayi kedua dan menamakannya Abdullah Abbas.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×