berita

‘Henti Popularkan Mereka Yang Persendakan Agama’ – Kakak Aliff Syukri Seru Netizen Berhenti Viralkan Yang ‘Haram’

December 26th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Dewasa ini, banyak sahaja kita melihat di media sosial perlakuan kaum lelaki menyerupai perempuan untuk tujuan membuat video parodi. Tidak dinafikan, video-video seumpama ini berjaya dalam membuatkan ramai yang terhibur dengan aksi dan gelagat-gelagat ‘kewanitaan’ yang dipertontonkan. Namun, apa yang kita tidak sedar ialah tindakan kita itu seolah ‘menghalalkan’ apa yang sepatutnya dielakkan.

Jika sebelum ini Da’i Wan pernah memberi pencerahan tentang hukum memakai pakaian perempuan dengan sengaja, terbaru, adik kepada pengasas produk DHerbs, Datuk Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman dilihat membuka mulut mengenai isu berkenaan. Menerusi kemas kini status di akaun Instagram, beliau menyeru warga netizen berhenti ‘mempopularkan’ mereka yang secara terbuka mempersendakan agama.

Berhenti ‘menghalalkan’

Susulan muat naik itu, rata-rata yang menghujani ruangan komen entri tersebut bersetuju dengan pendirian Hayati. Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak terlepas dari membangkitkan isu adiknya, Aliff Syukri yang memilih untuk merakamkan lagu duet bersama Nur Sajat sebagai strategi pemasaran.

Bagi yang tidak tahu, Nur Sajat adalah antara personaliti Malaysia yang mana jantina sebenarnya masih lagi menjadi persoalan ramai sehingga kini.

Dengan berani, Hayati yang merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi membalas komen dengan menyatakan dia sendiri tidak bersetuju dengan cara adiknya itu.

‘Yang salah tetap salah’

 Tulisnya: “Yang salah tetap salah”;

“Keluar sama perut belum tentu sama sikap..”.

“Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik”, sambungnya.

‘Keluar sama perut, belum tentu sikap pun sama’

 

Instagram: Noor Hayati Kamarzaman

SKIP THIS AD ×