Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menjadi bualan hangat wargamaya selepas mengumumkan pengundurannya selaku pengacara program All Stars Gegar Vaganza (GV10 ).
Artikel Berkaitan: ‘Kurang Ajar Kau Ni, Ramai Orang Dalam GV Tu Cari Rezeki…’ – Elly Mazlein
Artikel Berkaitan: ‘Niat Kita Baik, Tarik Diri Sebab Nak Beri Laluan Pada Yang Shaking’ – Kak Lina Perli Siapa?
‘Bila masuk rumah orang, perlu ikut cara mereka’
Isu tersebut turut mendapat perhatian juri tetap GV10 iaitu Hetty Koes Endang. Menurut penyanyi kelahiran Indonesia itu, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom tidak sepatutnya menarik diri secara tiba-tiba sebaliknya perlu menyesuaikan diri dengan Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku rakan pengacara.
Apabila masuk rumah orang, perlu ikut cara mereka.
Dalam pada itu, Hetty berpendapat Elly seharusnya kuat semangat dan bersedia dari segi mental bagi menghadapi sebarang kritikan daripada orang sekeliling, peminat mahupun rakan hos.
Dia dibenarkan untuk membawa versinya sendiri tetapi mungkin dua lagi hos mempunyai cara berbeza. Cuma, dia kuat mental atau tidak? Jangan main hati dan perasaan sebab dia masuk ke rumah orang.
Hetty turut menyelar dakwaan yang menyifatkan Elly sebagai pengacara menjengkelkan seperti yang dikritik ramai sebaliknya, Hetty berharap Elly kembali semula ke GV10.
Sumber: Hibglam