berita

Hilang Sabar, Sharifah Shahora Akui Terpaksa Buka Aib Suami

June 5th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

rasa

Sepanjang minggu ini nama pelakon Sharifah Shahora hangat diperkatakan dek kerana kemelut rumah tangga yang sedang melanda dirinya dan suami, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Segalanya bermula apabila Sharifah Shahora mula mendedahkan identiti wanita yang dipercayai mempunyai hubungan dengan suaminya di laman sosial.

Artikel Berkaitan : Sharifah Shahora Dedah Identiti Wanita Yang Ganggu Rumah Tangganya

Terbaru, Sharifah Shahora mengakui hilang sabar dan terpaksa membuka aib suaminya demi menegakkan kebenaran.

Jalan Terbaik Henti Suami Curang

Screen Shot 2015-06-05 at 12.00.56 AM

Jelas Sharifah Shahora, perkara ini sebenarnya sudah berlanjutan selama beberapa bulan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun dirinya percaya ini jalan terbaik bagi menghentikan kecurangan suami.

Selama ini saya tidak pernah keluarkan kisah rumah tangga saya namun tindakan itu diambil kerana saya sudah hilang sabar. Jalan ini adalah yang terbaik bagi menghentikan kecurangan suami saya dengan wanita itu

Saya tak mahu malukan diri sendiri dan aibkan suami..tapi saya terpaksa. Bukan kerana saya tidak berbincang secara baik dengan suami namun perkara ini berlarutan selama beberapa bulan.

Permohonan Maaf Sudah Dirancang

Screen Shot 2015-06-05 at 12.04.23 AM

Tambah Sharifah Shahora lagi, dirinya dan suami masih lagi tinggal bersama namun merasa cukup terluka dan diperbodohkan.

Wanita terbabit bagaimanapun telah memohon maaf secara terbuka di Twitter namun ianya seolah telah dirancang oleh mereka jelas Sharifah Shahora.

Saya rasa diri saya tertipu kerana sebelum ini, wanita itu turut mengajar suami saya untuk memadamkan perbualan mereka di telefon. Itu membuatkan saya lebih sakit hati kerana mereka merancang menipu saya dan saya rasa seperti diperbodohkan.

Alhamdulillah, hari ini wanita itu memohon maaf secara terbuka di Twitter atas permintaan saya, walaupun pada awalnya dia agak keberatan.

Kredit berita : Berita Harian

SKIP THIS AD ×