berita

‘I Am Finally Divorced’ – Bekas Isteri Ammar Alfian Syukur Masalah Rumah Tangga Sudah Berakhir

October 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Semalam, pelakon terkenal iaitu Ammar Alfian telah mengumumkan bahawa dirinya dan bekas isteri telah sah bercerai. Ammar dan Nelissa telah mendapat kebenaran untuk bercerai secara tebus talak daripada pihak Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: ‘Sekarang Satu Mahkamah Tahu Perangai Sebenar Dia’ – Ammar Alfian Dibenar Cerai Isteri Secara Tebus Talak

Susulan daripada pengumuman yang dilakukan oleh Ammar, Nelissa turut memuat naik beberapa posting di Instagram Story miliknya dan menjelaskan mengenai keadaannya selepas berpisah.

I am finally divorced

Menurut Nelissa, dia berasa syukur kerana kemelut rumah tangganya bersama Ammar sudah berakhir. Mengenai bayaran iwad sebanyak RM7000 pula, Nelissa memberitahu bahawa jumlah tersebut telah ditentukan oleh pihak mahkamah agar mereka dapat menjalani proses perceraian.

This mess is over

Pada masa yang sama, Nelissa turut mendakwa dan meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak mahkamah. Jelasnya, dia mendakwa golongan wanita dan isteri telah dianiaya secara santai di bawah sistem perundangan sekarang. Dia turut berharap wanita di luar sana tidak menjalani kehidupan yang sama sepertinya. Perasaan lega kerana semuanya telah berakhir turut diungkap olehnya.

Sumber: Nelissa Nezam

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×