Gambar sekadar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun didakwa telah dicabul oleh jurulatih taekwando sehingga menyebabkannya trauma.
Artikel Berkaitan: 20 Pelajar Bawah Umur Didakwa Jadi Mangsa Cabul Guru Mengaji, Diraba & Disuruh Ramas Kemaluan
Artikel Berkaitan: Banduan Transgender Masih Ada Alat Kelamin Lelaki Cabul Pesalah Wanita
Lima lagi mangsa
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Shah Alam pada 28 Oktober lalu.
Kanak-kanak tersebut kemudian membongkarkan insiden yang menimpa dirinya itu kepada ibunya, Aida pada Rabu lalu.
Anak memaklumkan pada hari kejadian jurulatih berusia 20-an berkenaan memintanya untuk mengikutnya pergi ke tandas bagi membetulkan tali pinggang pada pakaiannya.
Ketika itu, anak saya berdua dengan lelaki berkenaan di tandas sebelum dia bertanyakan beberapa soalan berkaitan seluar dalam kepadanya.
Lelaki itu kemudian membuka seluar dan memegang kemaluan anak saya.
Sementara itu, Aida juga mendakwa anaknya melihat lelaki tersebut memegang telefon bimbit yang dipercayai untuk merakam aksi tidak senonoh.
Ekoran kejadian itu, kanak-kanak tersebut mengalami trauma sehingga mengganggu rutin hariannya manakala Aida pula berasa kesal kerana telah meletakkan kepercayaan terhadap jurulatih terbabit.
Anak amat trauma sehingga setiap kali bangun tidur dia memaklumkan bermimpi perbuatan yang dilakukan lelaki berkenaan terhadapnya.
Apa yang berlaku terhadapnya ini membuatkan saya rasa kecewa kerana tujuan saya menghantar anak untuk belajar taekwando adalah untuk mempertahankan diri, namun sebaliknya berlaku.
Aida juga mendedahkan bahawa terdapat lima lagi mangsa yang telah dicabul lelaki tersebut dan ada di antara ibu bapa yang sudah mengambil tindakan.
Apabila perkara ini berlaku, saya ada memaklumkan kepada ibu bapa pelatih lain menerusi mesej di kumpulan sembang WhatsApp.
Rupanya, ada lima lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa cabul lelaki yang bekerja sambilan sebagai jurulatih di pusat latihan berkenaan.
Namun, saya dimaklumkan hanya dua mangsa (ibu bapa) yang tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Saya berharap supaya pelaku ini dapat dikenakan hukuman supaya tiada lagi kanak-kanak yang menjadi mangsanya (dicabul).
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya mengesahkan telah menerima laporan insiden berkenaan.
Sumber: Harian Metro