Gambar sekadar hiasan
Seorang gadis berusia 15 tahun yang dikenali sebagai Mawar dipercayai dirogol oleh bapa tirinya selama hampir tiga tahun.
Namun, apa yang menggeramkan ialah ibunya memilih untuk berdiam diri meskipun sedar akan perbuatan terkutuk bapa tirinya itu.
Artikel Berkaitan: Bertahun-Tahun Diratah’ Bapa Tiri, Budak 11 Tahun Dibenar Gugurkan Kandungan 18 Minggu
Sayangkan suami baharu
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kompas, Mawar dikatakan dirogol oleh bapa tirinya yang berusia 40 tahun itu sejak tahun 2020 sehingga April 2023.
Menurut peguam yang mewakili Mawar, mangsa mendakwa dia juga pernah dirogol bapa tirinya itu ketika sedang tidur di dalam biliknya.
Tidak tahan diperlakukan sebegitu, Mawar kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada bapa kandungnya dan meminta agar bapanya itu untuk mengambilnya kerana tidak lagi mahu duduk bersama ibu dan bapa tirinya.
Sementara itu, ibu Mawar difahamkan memilih untuk berdiam diri kerana terlalu sayangkan suami baharunya itu.
Kami sangat kesal kerana ibu kandung Mawar memilih untuk membela dan mempertahankan suami baharunya itu meskipun mengetahui tentang perbuatan terkutuk tersebut.
Laporan polis mengenai kejadian tersebut telah pun dilakukan namun ibu kepada Mawar tetap memilih untuk tidak mempertahan serta membela anaknya.
Sehingga ke hari ini, bapa tiri kepada Mawar masih lagi bebas dan belum ditahan bagi siasatan lanjut.
Sumber: Kompas