Penyanyi Imran Ajmain berkongsi rahsia bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 33 kilogram dalam tempoh dua tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Agak Kurang Ajar Sebab Mereka Dapat Secara Percuma, Saya Ikhlas Tapi Tak Cakap Pun Terima Kasih’ – Imran Ajmain
Artikel Berkaitan: Konsert ‘Malam Seribu Tahun’ Bukti Imran Ajmain Ada Peminat Setia – ‘Saya Adalah Blueprint’
‘Cut sugar’
Imran atau nama sebenar Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 43, berkata, dia berhenti mengambil minuman yang mengandungi gula dan mengurangkan makan hidangan tidak sihat.
Saya berjaya turunkan berat sebanyak 33 kg dalam tempoh dua tahun dengan cara potong (berhenti) gula dalam minuman (walaupun ada kala menipu juga), potong makan makanan kabohidrat kegemaran saya dan mula masak sahaja sendiri.
Saya juga melakukan rutin pengambilan diet sayur sebanyak 21 hingga 40 hari.
Imran berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di platform X.
Pada hantaran sama, pelantun lagu Seribu Tahun ini berkata, lutut kanannya juga sudah tidak berasa sakit selepas badannya sedikit ringan.
Saya juga sudah tidak rasa sakit di bahagian lutut kanan.
Sumber: X