berita

‘Ini Adalah Garden Party Bukan Christian Wedding’ – Dr Amalina Tampil Beri Pencerahan, Mohon Jangan Tabur Fitnah

June 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seperti yang kita ketahui, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri sudah pun mendirikan rumah tangga dengan suaminya Alexander Charles pada April 2021 yang lalu.

Namun begitu, mereka hanya sempat mengadakan majlis ringkas sahaja atas faktor pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom pada ketika itu.

Artikel Berkaitan: Tiga Kali Tunda Majlis Nikah, Dr Amalina Sah Jadi Isteri Alex Di London!

Majlis perkahwinan selepas 2 tahun berkahwin

Terbaru, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 itu mengadakan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami tercintanya selepas hampir 2 tahun mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian dibuat wartawan yang kini menetap di London, Haliza Hashim, dapat dilihat kemeriahan majlis tersebut yang menggunakan konsep ‘Garden Wedding’.

Majlis tersebut juga dihadiri kenalan rapat kepada Dr Amalina dan Alexander.

Netizen pertikai majlis resepsi

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang dilihat mempertikaikan majlis tersebut dengan mendakwa ia seakan mengikut serta menyerupai budaya serta agama lain.

Hal ini kerana, mereka mendakwa terdapat seorang lelaki yang seakan-akan paderi duduk di antara pasangan ini sewaktu majlis tersebut berlangsung.

Dr Amalina perjelas perkara sebenar

Melihat kepada beberapa komen negatif yang diberikan, Dr Amalina tampil menjelaskan perkara yang sebenar dengan menyatakan bahawa majlis resepsi yang diadakannya itu merupakan resepsi biasa dan bukanlah majlis ritual agama Kristian seperti yang didakwa sesetengah netizen.

Dr Amalina juga menjelaskan bahawa lelaki yang didakwa merupakan paderi tersebut hanyalah seorang pengacara majlis bagi resepsi perkahwinannya itu.

Sekadar info, Dr Amalina telah mendirikan rumah tangganya bersama suami, Alexander Charles pada Aril 2021 yang lalu dan hasil perkahwinannya itu mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan sebagai Arabella Mia, 1.

Perkongsian Haliza Hashim

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×