Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya bersikap kedekut untuk berbelanja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelik Beras Cepat Habis, Isteri Menangis Suami Tuduh Kuat Makan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Rela Isteri Minta Cerai, Suami Kedekut Tergamak Ambil Semula Barang Kelengkapan Rumah
Luahan hati isteri
Gambar sekadar hiasan
Menerusi pendedahan yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut berkata suaminya tidak pernah culas soal perbelanjaan di rumah namun bersikap berkira terutama ketika berada di luar.
Saya suri rumah, suami memang tak bagi duit belanja bulan-bulan tapi keperluan wajib yang lain dia penuhi.
Tapi dia agak kedekut bagi saya sebab setiap kali makan luar, mesti dia kalau boleh jangan pesan lebih.
Air manis mesti satu je, satu lagi ais kosong. Kalau nak beli jajan mesti dia tak kasi. Dia cakap semua tu nafsu.
Wanita tersebut berasa kecewa berikutan suaminya berpendapatan tinggi dan dilihat tiada masalah untuk menyara keluarga mereka.
Kadang rasa sedih sangat. Dia bukan kerja biasa-biasa. Gaji dia hampir cecah RM15K sebulan, anak baru seorang.
Bukan setakat makan minum je dia catu, nak beli pakaian, seluar pun dia catu. Internet saya pun dia potong. Pakai Wi-Fi dekat rumah je. Kalau keluar tak ada data sebab dia cakap tak penting pun untuk saya ada semua tu.
Bagaimanapun, dia tidak pernah menyesal menamatkan kariernya demi anak namun kesal dengan tindakan suami yang seolah-olah tidak menghargainya.
Sebelum kahwin saya kerja, sekarang jadi suri rumah sebab nak jaga anak sendiri. Saya tak menyesal jadi ibu cuma terkilan dengan perangai suami yang kedekut dan berkira.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet antaranya mereka mencadangkan supaya wanita itu berbincang soal kewangan bersama suaminya.
Dalam pada itu, mereka juga meminta wanita tersebut berjaga-jaga kemungkinan ada sesuatu yang dirahsiakan.
Sumber: TikTok