Gambar sekadar hiasan
Gara-gara isteri enggan melakukan hubungan intim, seorang lelaki tergamak mengurung dua anaknya di dalam tandas.
Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah
Artikel Berkaitan: Lelaki Telefon Balai Polis Lebih 300 Kali, Minta Pegawai Wanita Puaskan Nafsu
Marah & jengkel dengan isteri
Gambar sekadar hiasan
Kejadian yang berlaku di Tanjungbalai, Sumatra Utara, Indonesia itu turut menyaksikan suspek juga mengugut kedua-dua anaknya jika mereka keluar dari tandas.
Menurut Ketua Polis Daerah Tanjungbalai, AKBP Ahmad Yusuf Afandi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Suspek mengasah pisau dan mengugut akan membunuh jika mereka berani keluar dari tandas.
Bagaimanapun, isterinya berjaya melarikan diri lalu melaporkan insiden berkenaan kepada seorang paderi yang tinggal berdekatan dengan kediaman mereka.
Suspek sekali lagi mengugut anak-anaknya untuk dibunuh. Mendengar ugutan tersebut, isteri suspek terus membuka pintu untuk meminta pertolongan dan membuat laporan.
Pihak polis kemudian berjaya menahan suspek manakala anak-anaknya yang dikurung berjam-jam itu berada dalam keadaan yang baik.
Ketua Perhubungan Awam Polis Tanjungbalai, AKP Ahmad Dahlan Panjaitan berkata suspek nekad berbuat demikian kerana berasa jengkel dengan isterinya yang menolak untuk melakukan hubungan seksual.
Susulan itu, suspek berusia 46 tahun tersebut didakwa mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak dan kekerasan rumah tangga.
Sumber: Tribun News, Detik.com