Gambar sekadar hiasan
Pihak polis mengesahkan bahawa telah menerima laporan kes berhubung seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis yang didakwa menipu dengan mengambil sejumlah wang daripada teman wanitanya.
Artikel Berkaitan: Niat Janda Anak 3 Nak Kahwin Dengan Suami Orang Terbantut Sebab Kantoi – ‘Kalau Takut Bini Jangan Buat Hal’
Artikel Berkaitan: Abang Polis Merdeka Viral, Netizen Tak Keruan Lihat Wajah Persis Oppa! Kawan Dedah Masih ‘Single’
Berkenalan di Facebook
Foto: Tribun News
Memetik laporan Tribun News, mangsa yang juga seorang janda muda berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia itu telah mengalami kerugian sebanyak RM18, 298 (60 juta Rupiah).
Berdasarkan maklumat polis, pasangan itu mula berkenalan menerusi laman sosial Facebook (FB) sebelum menjalinkan hubungan cinta.
Difahamkan sepanjang pengenalan, suspek menyamar sebagai anggota polis yang dikenali sebagai Anwar Setiawan.
Suspek memikat mangsa dengan berjanji akan mengahwininya sebelum berjaya memujuk mangsa untuk memindahkan sejumlah wang tersebut.
Susulan itu, seorang anggota polis, Inspektor Andika Ardiansyah berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan kes berkenaan selain menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu di laman sosial.
Sumber: Tribun News