berita

Jangan Ambil Kesempatan Atas Kesulitan Saya, Elyana Kecewa Ejen Insurans Guna Video & Foto Tanpa Minta Izin

October 8th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi, Elyana berkongsi kepentingan dan manfaat jika memiliki insurans lebih-lebih lagi kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti yang dihidapinya.

Artikel berkaitan: ‘Lebih Sebulan Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Akhirnya Saya Mengalah’ – Elyana

Artikel berkaitan: ‘Kami Tak Best Kalau Tak Ada Awak, Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu’ – Elyana

Artikel berkaitan: ‘Hidup Saya Penuh Dengan Ujian, Biar Saya Seorang Yang Simpan’ – Elyana

Artikel berkaitan: Berat Badan Dah Naik 7Kg, Elyana Luah Rasa Syukur & Terima Kasih Kepada Peminat Yang Rajin Hantar Makanan

Terbaru, pelantun suara ‘Kalis Rindu’ ini memohon kepada semua agen insurans agar tidak mengambil kesempatan atas kesulitan yang ditanggungnya.

Saya tidak izin sama sekali

Menerusi Instagram Story, Elyana meluahkan rasa kecewa apabila segelintir agen insurans sengaja menggunakan video dan gambar peribadinya sebagai bahan promosi insurans mereka. Ujar Elyana, agen-agen tersebut seharusnya meminta izin terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang video dan fotonya di media sosial.

Elyana turut menegaskan bahawa dia tidak memberi keizinan sama sekali kepada mereka yang tidak mempunyai adab untuk memohon kebenaran terlebih dahulu. Tambah Elyana, agen insurans tersebut seolah-olah tiada perasaan apabila melakukan perkara sedemikian.

Terdahulu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal pernah menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari di sebuah hospital swasta di Selangor. Setelah selesai radioterapi, Elyana mengakui bahawa dia perlu berjumpa dengan doktor bagi membincangkan mengenai rawatan kemoterapi pula. Sepanjang berada di rumah, Elyana memberitahu bahawa dia terpaksa menahan sakit sehingga tidak dapat untuk tidur. Untuk pengetahuan korang, pada bulan lalu Elyana telah dimasukkan ke hospital dengan segera dan selamat menjalani sesi kemoterapi yang pertama. Difahamkan, Elyana bakal melakukan beberapa lagi sesi kemoterapi selepas ini.

Sumber: Elyana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×