Menimang cahaya mata pastinya satu kegembiraan yang cukup luar biasa buat pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi jika ianya merupakan bayi pertama.
Biasalah kalau dah terlebih teruja ini kadang sampai lupa apa yang patut dilakukan dan apa yang perlu dielakkan. Jadi berikut 6 perkara tersebut.
Jangan salah anggap, bukan tak bagi cium sebab anak korang terlampau comel ke apa tapi seeloknya elakkan atas sebab faktor kebersihan dan kesihatan.
Iyalah bayi kan, takut terdedah dengan bakteria dan kuman memandangkan bayi baru lahir ini sistem imunisasinya masih belum berfungsi sepenuhnya.
Ini perkara biasa yang selalu dilakukan oleh para ibu bapa. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Rileks, awal-awal ini chill dulu. Bukan apa, takut bayi kurang selesa dengan pakaian yang penuh dengan renda itu.
Sebabnya masih terlalu awal. Seeloknya diawal kelahiran beri susu ibu, bagus untuk tumbesaran bayi kerana mengandungi nutrien yang diperlukan
Malah ada yang cakap, susu ibu boleh mengeratkan lagi emosi antara ibu dan anak.
Biasanya si ibu memang sentiasa peka mengenai kebersihan bayi. Sikit-sikit periksa lampin basah atau tak. Baguslah untuk pastikan bayi selesa dan mengelakkan ruam.
Tak payah kalut-kalut nak buat ubah suai ruang tamu atau bilik. Kekalkan environment yang sedia ada, biasakan bayi dengan dunia ‘luar’ pula.
Patuhi dan ikut je temujanji yang telah ditetapkan. Dengan cari ini boleh tahu perkembangan bayi.
Apa-apa pun terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Lain orang lain cara nya kan?
Sumber : Vanilla Kismis