berita

Jangan Pandang Belakang & Terus Ke Hadapan, Aaron Aziz Titip Pesanan Buat Aliff Aziz – ‘Semua Ini Rezeki Keluarga’

January 24th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pertarungan pentas akhir Gegar Vaganza (GV8) musim kelapan semalam, menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dinobatkan sebagai juara program realiti itu.

Artikel berkaitan: Aliff Aziz Juara GV8, Wang Tunai RM100,000 Jadi Milik

Artikel Berkaitan: Netizen Tak Puas Hati Asyik Bella Astillah Bersuara Isu Anak Emas, Aliff Aziz Anggap Rezeki Dapat Mara ‘Final’ GV8

Artikel Berkaitan: Ramalan GV8: Nikki Palikat, Aliff Aziz & Aweera Antara Finalis Yang Bakal Raih Top 3 Malam Ini?

Di Instagram, pelakon, Aaron Aziz meluahkan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian Aliff malam tadi.

Tahniah adik!

Tahniah Adik. Abang am proud of you. I know you can do something great and accomplish something not only for yourself but untuk isteri dan anak anak juga.

Menurut Aaron, Aliff telah melakukan yang terbaik buat dirinya dan keluarga. Kejayaan yang diraih di pentas akhir GV8 itu merupakan titik permulaan buat dirinya untuk terus maju ke hadapan tanpa mengimbau masa lalu. Ujar Aaron, dia pernah memberi pesanan kepada pelantun suara ‘Sayang Sayang’ itu menerusi direct message (dm) agar sentiasa ingat setiap rezeki yang datang bukan hanya untuk diri sendiri sahaja bahkan untuk seluruh ahli keluarga.

Ingat pesanan abang dalam DM conversation kita. Don’t look back just forward baru lah kita boleh ke hadapan. Semua rezeki Bukan untuk diri kita sebagai suami dan ayah, tapi untuk keluarga. Alhamdulillah ALLAH naikkan you dan memberkatimu dengan this great comeback. Stay humble always and stay away from toxic people. Congrats once again @iamaliffaziz.

Rezeki ‘hijrah’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Aliff di atas kemenangan yang diraih. Ujar netizen, kemenangan tersebut merupakan rezeki Aliff selepas berhijrah ke arah yang lebih untuk diri sendiri dan keluarga. Bukan itu sahaja, netizen percaya rezeki yang diraih oleh Aliff itu merupakan berkat doa dan sokongan isterinya iaitu Bella Astillah.

Jelas netizen, Bella merupakan isteri yang baik dan sentiasa bersama suaminya sepanjang program GV8 ini berlangsung. Netizen juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat kerjaya seni Aliff selepas ini.

Sumber: Aaron Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×